[IDEA] Buat Duit Dengan Produk PLR

[IDEA] Buat Duit dengan produk PLR

Saya suka menggunakan term lesen PLR atau produk PLR, oleh kerana mudah untuk faham dan oleh kerana lesen PLR banyak digunakan di internet. Jadi, jika saya bercerita tentang PLR, sedikit sebanyak ianya berkaitan juga dengan lesen yang lain iaitu RR, MRR, dan juga UPLR, bergantung pada keadaan.

Sebelum ni, saya ada terangkan mengenai maksud setiap satu lesen produk digital iaitu lesen PU, RR, MRR, PLR dan UPLR. Pastikan anda sudah membacanya supaya anda lebih faham apabila membaca artikel pada kali ini. Artikel sebelum ini: Lesen PLR – Apa itu lesen PLR, MRR, RR, UPLR, PU?

 

 

Buat Duit dengan Produk PLR

Jadi saya akan teruskan dengan tujuan artikel kali ini iaitu Cara buat duit dengan produk PLR.

Jika anda sudah ada produk PLR, sudah pasti anda boleh menjualnya semula. Anda juga boleh menjadikan produk tersebut sebagai bonus kepada produk yang anda ada. Boleh juga dijadikan bonus kepada affiliate yang anda sertai. Banyak lagi caranya.

Persoalan yang sering bermain di fikiran: Boleh ke bagi percuma macam tu saje? Jawapannya, "Boleh dan tidak". Pastikan anda melihat semula lesen PLR yang telah dibekalkan. Ada lesen PLR yang membenarkan anda untuk memberikan produk itu secara percuma sahaja tanpa syarat. Ada juga yang meletakkan syarat, tidak boleh sekiranya diberi percuma begitu sahaja. Jika diberi percuma, perlu diberikan bersama produk anda (Dijadikan bonus). Jadi, ianya tertakluk pada lesen yang anda terima.

Ok, dalam pada kita seronok untuk menjual produk PLR tersebut, mungkin tips ini sangat membantu dalam melariskan lagi jualan produk PLR yang anda ada.

 

 

 

  1. Ubah suai terlebih dahulu.
    .
    Kenapa perlu diubah suai? Secara logiknya, produk PLR tersebut semestinya ada ramai pemegang-pemegang lesen yang sama seperti anda. Ini bermakna ada ramai yang akan menjual produk yang sama seperti anda.
    Sebaiknya anda ubah suai terlebih dahulu terutama sekali dari segi tajuk produk tersebut. Kita ambil contoh produk PLR yang anda ada adalah ebook. Ok contohnya ebook yang anda ada adalah "10 Teknik untuk berjaya". Mungkin anda boleh tukarkan tajuk kepada "Panduan Mudah Membina Kejayaan".Disini, kita sudah nampak kelainan dan keunikan antara dua tajuk. Walhal ianya adalah ebook yang sama, kandungan yang sama. Ini sahaja sudah membuatkan produk anda lain daripada pemegang lesen PLR yang lain.Selain itu, tukarkan juga design eCover produk tersebut supaya produk anda lain daripada yang ada dipasaran yang sama.Dengan menggunakan teknik ini sahaja, sudah pasti lebih ramai pelanggan memilih anda.
    .
  2. Tambahkan keunikan lagi.Disamping produk PLR yang telah anda ada itu, cuba hasilkan sebuah lagi produk tambahan untuk dijadikan sebagai bonus kepada produk PLR itu tadi. Disini anda telah menjadikan produk tersebut unik kerana mungkin pemegang lesen lain tidak buat seperti anda.
    .
  3. Tukar kepada format lain.Oleh kerana produk yang mempunyai lesen PLR membenarkan anda untuk mengubahsuai produk, jadi terbaiknya anda dapat mengubah produk tersebut menjadi format yang lain. (Idea ini tidak boleh digunakan keatas lesen seperti PU, RR dan MRR)Jika produk PLR yang anda ada itu adalah ebook, mungkin anda boleh tukarkan isi kandungan ebook tersebut menjadi sebuah video anda sedang bercakap ataupun video slide menerangkan tips-tips yang terkandung dalam ebook tersebut. Anda juga boleh menghasilkan audio melaluinya.
    .
  4. Hasilkan website khas untuk produk tersebutDengan mempunyai website khas untuk produk tersebut, keyakinan bakal pelanggan anda lebih tinggi dan kredibiliti anda juga semakin meningkat oleh kerana website dapat membantu kita menerangkan lebih banyak lagi kelebihan produk tersebut.
    .
  5. Tuliskan nama anda pada cover produkKebiasaannya produk PLR yang anda dapat, tidak ada nama diatas cover tersebut. Jadi, jika anda membuat ecover baru pada produk tersebut, pastikan anda meletakkan nama anda pada cover tersebut. Jangan dibiarkan kosong.Secara tak langsung, bakal pelanggan lebih yakin dengan produk tersebut. Jika anda lihat mana-mana produk yang dijual oleh internet marketer yang lain, pasti ada nama mereka dibahagian cover setiap produk tak kira produk ebook, software, video dan lain-lain lagi.

Dengan 5 cara mudah ini sahaja, diibaratkan seperti anda sudah mempunyai produk sendiri yang unik. Lain daripada pemegang lesen yang lain dan mudah untuk anda hasilkan jualan kelak.

Ramai pemegang lesen PLR, tidak mengendahkan cara ini kerana pada mereka, produk sepenuhnya telah pun siap dan boleh jual terus. Ya, memang betul andaian mereka seperti itu. Tetapi jika anda gunakan 5 cara simple diatas, lagi banyak keuntungan yang anda boleh jana dengan produk baru tersebut. Ianya jadi produk yang sangat fresh.

Pemegang lesen PLR juga dibolehkan untuk menjual lesen kepada pembeli. Kebiasaannya, lesen yang dibenarkan untuk anda jual adalah lesen RR, dan MRR. Ini bermakna, selain anda menjual produk tersebut, anda juga boleh menjual lesen RR dan MRR kepada pelanggan. Sudah pasti pelanggan anda akan meminati dengan produk yang telah anda sediakan kerana masih tiada dalam pasaran.

Itu sahaja untuk artikel kali ini. Saya akan kongsikan lagi topik mengenai lesen-lesen ini, di artikel yang akan datang. :)

 

 

 

Follow instagram saya : https://www.instagram.com/amimnajmie/

 

Sumber : https://www.amimnajmie.com/buat-duit-dengan-produk-plr/