Lesen PLR - Apa Itu Lesen PLR, MRR, RR, UPLR, PU?

Lesen PLR - Apa itu lesen PLR, MRR, RR, UPLR, PU?

 

 

 

Apa itu lesen PLR?

 

Jika selama ini anda berangan-angan untuk menghasilkan produk digital sendiri, tetapi sentiasa mendapat kekangan samada dari segi masa, wang, idea dan lain-lain hal, post ini sesuai untuk anda baca.

 

Apakah yang dimaksudkan dengan lesen PU, RR, MRR, PLR, UPLR?

 

PU - Personal Use
RR - Resell Rights
MRR - Master Resell Rights
PLR - Private Label Rights
UPLR - Unrestricted Private Label Rights

 

Sebenarnya semua adalah jenis-jenis lesen bagi produk-produk digital yang ada di internet ini. Produk digital ni apa?

 

Ok secara mudahnya, produk digital adalah produk maya seperti ebook, software, audio, video, artikel, dan banyak lagi. Jika anda pernah membeli ebook, kebiasaannya lesen adalah PU sahaja, iaitu Personal Use.

 

OK mari saya terangkan secara lebih mendalam mengenai maksud setiap satu lesen ini. Pastikan anda fahamkan betul-betul.

 

 

Lesen PLR, UPLR, MRR, RR, PU

 

  1. PU (Personal Use)

    Kebiasaannya, ebook yang kita beli adalah hanya untuk kegunaan kita sahaja iaitu Personal Use. Anda tidak dibenarkan untuk menjual semula dan lain-lain lagi.
    .
  2. RR (Resell Right)

    Lesen hak jualan semula. Jika anda membeli ebook yang ada menyertakan sekali lesen RR, bermaksud anda boleh menjual kembali ebook tersebut, tetapi dengan bersyarat. Kebiasaannya, syarat yang diletakkan adalah seperti, anda tidak boleh mengubah produk, perlu sertakan nama owner produk, perlu kekalkan jenama produk dan macam-macam lagi. Kiranya anda boleh jual semula tanpa mengubah apa-apa pada produk tersebut.
    .
  3. MRR (Master Resell Rights)

    Jika anda dibekalkan dengan lesen MRR, bermaksud anda boleh menjual produk tersebut semula DAN anda boleh juga berikan lesen RR kepada pelanggan anda. Ini bermakna, pelanggan anda juga dapat menjual produk itu semula. Tetapi mereka hanya boleh menjual produk tersebut kepada pelanggan tanpa lesen RR.
    .
  4. PLR (Private Label Rights)

    Lesen jenis ini agak disukai oleh ramai internet marketer. Dengan adanya lesen PLR, boleh dikatakan anda bebas melakukan apa sahaja pada produk tersebut. Nak ubah tajuk, nak ubah isi kandungan, nak claim itu produk anda, apa sahaja, terpulang kepada anda. Jika anda mempunya lesen PLR ini, bermaksud anda boleh juga menjual lesen MRR dan juga RR kepada pelanggan-pelanggan anda nanti. Walau bagaimanapun, ada juga lesen PLR yang mempunyai beberapa syarat lain yang mungkin tidak membenarkan anda lakukan.
    .
  5. UPLR (Unrestricted Private Label Rights)

    Lesen ini boleh dikatakan lesen yang paling besar dan yang paling diminati ramai. UPLR adalah lesen yang membolehkan kita untuk buat apa sahaja pada produk tersebut. Ianya nampak lebih kurang macam PLR tadi, namun PLR juga masih terikat dengan beberapa syarat, bergantung pada owner produk tersebut. Tetapi jika produk lesen UPLR, selalunya tiada syarat dan ini membolehkan anda menjual lesen PLR, MRR, dan RR kepada pelanggan anda.

 

 

 

 

Jika anda baru bermula dengan perniagaan internet dan berhasrat untuk menghasilkan produk digital sendiri, anda boleh mendapatkan produk-produk yang mempunyai lesen seperti diatas.

 

Jadi, ia menjimatkan masa anda untuk berfikir mengenai penghasilan produk digital, dapat menjana pendapatan anda di internet dengan pantas dan sudah semestinya dengan pantas anda sudah ada produk digital sendiri.

 

Selain itu, jika anda mempunyai produk fizikal, sebagai contoh menjual pakaian, ubat-ubatan, produk kesihatan, kecantikan dan lain-lain, tidak menghalang anda untuk mempunyai produk digital.

 

Dengan mempunyai produk digital, anda boleh jadikan ia sebagai bonus untuk produk fizikal anda.

 

Sebagai contoh, jika anda menjual tudung, mungkin anda boleh menyediakan bonus ebook kepada pelanggan anda.

 

Ebook bertajuk "5 cara mudah menjaga rambut untuk wanita bertudung" mungkin sangat sesuai dijadikan sebagai bonus pembelian.

 

Banyak lagi cara yang boleh digunakan jika anda mempunyai koleksi produk-produk yang ada lesen khas ini.

 

Macam-macam anda boleh lakukan.

 

Jika anda kreatif, banyak cara yang boleh anda gunakan.

 

Mungkin selama ini anda berpendapat bahawa menghasilkan produk digital sendiri adalah amat susah.

 

Sebenarnya tidak ya.

 

Jadi, dengan lesen-lesen yang disebutkan diatas, anda boleh menjana pendapatan di internet dengan mudah dan pantas.

 

Kebanyakan syarat untuk lesen-lesen diatas membolehkan anda menjual produk tersebut mengikut harga yang anda tetapkan sendiri.

 

Walau bagaimanapun, anda perlu lihat semula lesen yang disediakan oleh pemilik produk asal, samada anda boleh letak harga sendiri atau mengikut harga yang mereka telah tetapkan.

 

InsyaAllah berjumpa lagi pada post akan datang, dimana saya akan sentuh mengenai idea-idea bagaimana menjana pendapatan dengan ebook-ebook PLR yang anda sudah ada.

Follow saya di instagram : https://www.instagram.com/amimnajmie

 

 

Sumber : https://www.amimnajmie.com/apa-itu-lesen-plr-mrr-rr-uplr-pu/