Tip Menyimpan Wang Untuk Beginners

Tip Menyimpan Wang Untuk Beginners

 

 

 

Tip Menyimpan Wang

 

INILAH MASANYA UNTUK KITA BELAJAR UNTUK MENYIMPAN 

 

Kita sangkakan tahun 2021 akan lebih baik dari 2020 tapi terbalik, kes COVID-19 makin meningkat dari hari ke hari.

 

Ada antara kita yang terkesan teruk dari segi ekonomi, tak kisah bagi yang bekerja ataupun berniaga. 



Sekarang ialah waktu yang terbaik untuk kita belajar cara yang betul untuk merancang wang kita. 

 

Masa-masa gentir ini juga banyak skim-skim pelaburan yang nampak terlalu bagus muncul.

 

Jangan kita tersalah pilih dari niat nak tambah wang jadi lebur wang.



BELAJAR MENYIMPAN DENGAN BIJAK MERANCANG WANG.

Dapatkan Tip Menyimpan Wang :
----> https://rakan.biz.my/view/s/buku-bijak-merancang-wang
 

 

tip menyimpan wang

 


7 TIP MENYIMPAN WANG UNTUK "BEGINNERS"


 

 

1) Mempunyai matlamat kewangan

 

Apa azam kewangan kita? Pergi haji? Tambah pendapatan? Beli rumah?

Letakkan matlamat tersebut secara spesifik dari sudut jangka masa dan jumlah amaun. Pastikan ia realistik dan mencabar.
 

 

 

 

 

2) Mulakan dengan mindset jutawan 

 

Selepas matlamat, tetapkan mindset yang betul supaya matlamat kita tercapai.

Contoh mindset yang perlu ada ialah bersikap proaktif dan positif bahawa kita pasti mampu menyimpan wang yang diingini satu hari nanti.

Jangan sekali-kali negatif dan mudah berputus asa!
 

 

 

 

 

3) Membuat perancangan kewangan
 

Sebagai contoh, kita target untuk membuat simpanan RM10,000 dalam masa setahun. Kita perlu menabung RM27.78 sehari.

Bagi mencapai matlamat ini, mahu tidak mahu, hanya dengan menambahkan lagi pendapatan atau urus kewangan serta perbelanjaan dengan baik.

 

 

 

 

 

4) Tingkatkan pendapatan

 

Sebolehnya untuk graduan muda, gunakan peluang ini untuk memaksimumkan 24 jam yang ada dengan memperoleh pendapatan yang lebih besar.

Contoh, melakukan 2 kerja. Bukan sahaja dapat menambahkan pendapatan bahkan sekaligus meningkatkan nilai diri, pengetahuan dan kemahiran dalam diri.
 

 

 

 

 

 

5) Kurangkan perbelanjaan 

 

Perlu kawal nafsu belanja dan berhutang. Kekalkan gaya hidup yang sama sebelum pendapatan kita meningkat. Tutup mata dengan trend atau fesyen terkini.

Mana lebih penting? Beli rumah atau beli Kasut Adidas?
 

 

 

 

 

 

6) Simpan dan labur

 

Tak ramai tahu melabur lebih sukar dan mencabar berbanding menyimpan. Dengan SIMPAN dan LABUR, barulah kita dapat BINA ASET.

Jika menyimpan ibarat membawa basikal, melabur ibarat membawa motosikal. Dalam pelaburan perlu sentiasa ingat 2R sentiasa: RISK & RETURN.
 

 

 

 

 

 

7) Pertahankan Aset

 

Antara cara pertahanan wang atau aset yang paling ampuh adalah melalui zakat, derma dan sedekah.

Sebenarnya, lagi banyak kita memberi, lagi banyak aset kita akan bertambah kerana apabila kita berkira dan kedekut untuk memberi, otak kita telah disetkan dalam minda dengan mindset “duit aku sikit je, tak cukup menderma”.

 


 

 


Nak Tip Menyimpan Wang yang lain? Belajar Modul Lengkap Perancangan Wang Anda. Klik link dibawah :


Klik: https://rakan.biz.my/view/s/buku-bijak-merancang-wang

 

buku bijak merancang wang

 

 

 

 

Artikel Berkaitan :

Bijak Merancang Wang Oleh Afyan Rawi

7 Langkah Memperbaiki Kewangan

Kelebihan Pelaburan Emas Yang Tiada Pada Pelaburan Lain