Teknik Wechat - Buat Duit Dengan Wechat

Teknik Wechat - Buat Duit Dengan Wechat

.

Teknik Wechat akan dikupas dengan lebih terperinci dalam perenggan seterusnya. Sebagai pengenalan, mari saya ceritakan serba sedikit mengenai Wechat. Wechat merupakan diantara aplikasi untuk bersosial yang agak popular. Namun, disebabkan oleh wujudnya golongan yang dikenali sebagai “budak-budak wechat” telah menyebabkan aplikasi ini turut menerima tempias buruknya. Abaikan “budak-budak wechat” tersebut kerana masih ramai lagi yang menggunakannya.

Ia masih lagi menjadi diantara aplikasi utama yang di”install” oleh rakyat Malaysia. Jadi, ia merupakan satu aplikasi yang masih relevan dan bagi anda yang mempunyai bisnes, medium seperti ini seharusnya dimanfaatkan sepenuhnya oleh anda. Capai pelanggan anda menerusi semua medium yang ada. Yang lebih menarik adalah, dengan menggunakan Wechat, terdapat satu teknik yang sangat proven mampu untuk membantu anda close sales dan juga ia merupakan suatu teknik yang termasuk dalam kategori zero cost marketing. Haa.. Menarik bukan?

Teknik Wechat - Jana Pendapatan Ribuan Ringgit Sebulan

 

buat duit dengan wechat

 

Ia merupakan sebuah teknik yang dihasilkan oleh seorang pakar pemasaran menerusi Wechat yang mempunyai pengalaman selama 3 tahun lebih menggunakan aplikasi ini. Apa yang dikongsikan beliau di dalam teknik ini merupakan daripada pengalaman dan eksperimen beliau sendiri. Jangan risau. Kandungan ebook ini sangat fresh dan bukanlah idea yang dicedok daripada Google mahupun Youtube. Beliau akan kongsikan segala teknik yang beliau praktikan untuk menjana pendapatan menerusi Wechat dan juga beliau turut berkongsi banyak tips untuk memastikan keberkesanan teknik ini lebih terjamin.

Kelebihan dan Kekurangan Teknik Wechat

Apa-apa sistem atau teknik yang dibangunkan pastinya mempunyai kebaikan dan keburukan mereka yang tersendiri. Tiada sistem atau teknik yang sempurna didalam dunia ini. Namun, apa yang anda boleh lakukan adalah memanfaatkan sepenuhnya kebaikan yang ada padanya supaya kebaikan yang anda perolehi akan jauh mengatasi kekurangan yang ada padanya.

Kelebihan Teknik Wechat

1 . Wechat Adalah Percuma

Faham betul-betul ayat diatas. Aplikasi Wechat adalah percuma bukannya Teknik Wechat ini yang percuma. Teknik ini berbayar. Aplikasi Wechat boleh di”install” secara percuma di kesemua telefon pintar yang ada. Teknik pemasaran yang diajar menerusi Teknik Wechat ini juga adalah percuma dan anda tidak perlu mengeluarkan walau satu sen pun untuk mendapatkan pelanggan.

2 . Peratusan Penggunaan Wechat di Malaysia Adalah Tinggi

Berdasarkan pada fakta yang dikeluarkan oleh Pengarah Wechat Global, sebanyak 95% telefon pintar di Malaysia mempunyai aplikasi Wechat. Peratusan ini merupakan suatu angka yang agak besar dan bayangkan jika anda mampu mendapatkan sekurang-kurangnya 10% daripada pengguna Wechat ini sebagai pelanggan anda. Sebab itu agak rugi sebenarnya sekiranya anda mengabaikan aplikasi ini dan tidak menjadikannya sebagai lubuk untuk anda menjana pendapatan.

3 . Wechat Lebih Mesra Pengguna

Jika dibandingkan dengan aplikasi lain, Wechat adalah lebih straight forward dan mesra pengguna. Semua golongan mampu untuk menggunakannya termasuklah mereka yang telah berumur.

4 . Anda Mempunyai Akses Kepadanya

Syarat untuk anda menggunakan Wechat adalah anda perlu mempunyai telefon pintar dan anda sememangnya sudah mempunyainya! Anda juga mempunyai akses kepada internet, anda bayar untuk data dan bil telefon anda. Jadi sekarang ini merupakan masa untuk anda memperoleh semula wang menerusi telefon pintar anda.

5 . Anda Boleh Simpan Ayat Copywriting dan Ayat Balas PM

Ciri ini pastinya merupakan ciri yang sangat digemari oleh peniaga. Ia akan menjadikan proses close sale anda lebih mudah kerana anda boleh simpan segalanya di Wechat. Anda tidak perlu lagi untuk menaip satu-satu dan menghantarnya kepada prospek. Masa dan tenaga anda dapat dijimatkan. Ia akan memudahkan lagi kerja untuk membalas semua pertanyaan oleh prospek. Anda boleh simpan lokasi map yang dikeluarkan oleh Wechat kepada prospek.

6 . Prospek Sehingga 5000 Pengguna Wechat

Anda boleh dapatkan prospek sehingga 5000 pengguna Wechat. Mereka ini merupakan pengguna yang akan berminat dengan apa yang anda tawarkan. Yang lebih menariknya mereka sendiri yang akan mencari dan request untuk menjadi rakan anda di Wechat. Susah untuk membuatkan prospek yang datang kepada kita sebenarnya. Jadi, baik anda belajar betul-betul dan praktikkan kesemua teknik yang diajar di dalam Teknik Wechat ini.

7 . 99% Kenalan Wechat Anda Akan Nampak Post Anda

Satu lagi fungsi menarik Wechat adalah hampir kesemua kenalan akan nampak apa yang anda post di Wechat anda. Jika anda menggunakan medium pemasaran yang lain, jika anda memilih untuk menjadi visible sebegini, kosnya akan menjadi berlipat kali ganda namun hasilnya agak kurang memuaskan. Namun tidak dengan Wechat. Semuanya adalah percuma. Visibility ini adalah penting dan akan memberikan impak yang sangat besar kepada bisnes anda.

8 . Sistem Privasi Yang Lebih Mantap Berbanding FB dan IG

Komen yang dibuat oleh rakan atau prospek anda hanya akan dapat dilihat oleh anda berdua sahaja. Bukan apa, risau jika terdapat komen yang bukan-bukan yang akan turut meracuni fikiran prospek anda yang lain. Kadang-kadang kita tidak dapat untuk mengelakkan hal sebegini dari berlaku kerana Malaysia mempunyai terlalu ramai keyboard warriors. Dengan sistem privasi ini, ia akan membuatkan bisnes anda lebih selamat.

9 . Radius 20 KM Adalah Kawasan Anda

Tidak kira dimana sahaja anda berada, anda boleh mendapatkan prospek secara percuma sekitar 20KM di kiri kanan depan dan belakang anda. Jika anda berada di luar negara sekalipun, anda masih boleh untuk mendapatkannya selagi mana anda mempunyai aplikasi Wechat didalam telefon pintar anda.

10 . Quick Response (QR) Code

Ia merupakan diantara fungsi menarik yang ada pada Wechat dimana fungsi ini akan memudahkan prospek anda untuk mencari anda serta mendapatkan maklumat mengenai bisnes anda. Di Malaysia, terdapat 3 buah bank yang telah menggunakan QR Code Wechat iaitu Maybank, Public Bank dan juga City Bank. QR Code ini telah digunapakai dalam promosi mereka.

 

teknik wechat

 

Kekurangan Teknik Wechat

1 . Tidak Popular Seperti Whatsapp dan Telegram

Dalam konteks bisnes, ia masih tidak digunapakai secara menyeluruh. Tidak seperti Whatsapp yang merupakan antara medium utama yang digunakan bagi proses jual beli. Namun, ia bukanlah suatu masalah besar kerana sebelum ini, Whatsapp juga bukan merupakan medium utama. Anda perlu menjadi pelopor kepada medium ini untuk digunakan bagi tujuan bisnes.

2 . Penangan “Budak-budak Wechat”

Besar sebenarnya penangan ini kerana ramai yang berasa malu untuk mempunyai Wechat didalam telefon pintar mereka kerana bimbang dilabel sedemikian rupa. Tapi jangan risau jika target audience anda bukanlah mereka yang tergolong dikalangan muda mudi. Mereka yang berkerjaya dan berfikiran terbuka tidak kisah akan perkara sebegini. Golongan inilah yang paling sesuai untuk menjadi pelanggan anda.

Pendapat

Jika anda mempunyai bajet untuk marketing yang agak terbatas, Teknik Wechat ini sangat sesuai kerana anda masih boleh melakukan jualan tanpa perlu mengeluarkan kos untuk pemasaran. Bagi anda yang mempunyai bajet besar, tiada salahnya untuk anda menggunakan Teknik Wechat kerana lebih banyak medium yang anda kuasai, lebih besar peluang untuk menambah pelanggan dan meningkatkan jualan.

Dari segi harga yang ditawarkan pula adalah setimpal dengan ilmu yang dikongsi. Jujur bahawa ia sepatutnya dijual pada harga yang lebih tinggi kerana sebaik sahaja anda berjaya melakukan jualan dengan menggunakan Teknik Wechat ini, anda akan mendapat semula modal anda.

Amat rugi jika anda tidak mempelajari Teknik Wechat kerana sukar untuk anda mendapatkan medium pemasaran percuma sebegini.

 

 

teknik wechat

 

Sumber : https://www.amimnajmie.com/teknik-wechat-buat-duit-dengan-wechat/