Bacaan: 4 minit
Ramai calon temuduga kerajaan fokus pada soalan dan jawapan saja.
Tapi apa yang mereka tak sedar, ada perkara kecil yang nampak remeh.
Bila dilakukan, boleh buat panel hilang keyakinan serta-merta.
Jangan pandang ringan, sebab temuduga kerajaan bukan sekadar soal ilmu, tapi juga soal sikap, disiplin, dan imej profesional.
1. Lewat Walaupun 5 Minit
Datang lewat 5 minit mungkin nampak kecil bagi anda, tapi bagi panel ia tanda calon tak serius dan tak disiplin.
Datang sekurang-kurangnya 30 minit awal.
2. Dokumen Tak Lengkap
Ada calon datang tanpa salinan IC atau lupa bawa sijil asal.
Walaupun jawapan hebat, panel akan fikir anda tak teliti dan tak boleh diharap.
3. Pakaian Kurang Sesuai
Baju kedut, kasut sukan, atau tudung tak kemas.
Nampak kecil, tapi memberi imej pertama yang negatif.
Panel akan fikir, “Kalau datang temuduga pun tak kemas, macam mana bila kerja nanti?”
4. Mengunyah Gula-Gula Getah
Niatnya nak kawal mulut kering, tapi panel nampak anda seperti tak hormat sesi temuduga.
5. Gunakan Bahasa Pasar
Jawapan dengan slang berlebihan seperti “macam tu lah kot” atau “entahlah” memberi imej tak profesional.
Pastikan guna bahasa formal walaupun nada santai.
6. Tidak Tutup Telefon Bimbit
Bunyi notifikasi atau deringan tiba-tiba masa temuduga boleh buat panel hilang fokus dan mereka akan salahkan anda.
Pastikan telefon off atau silent mode.
7. Tidak Ucap Terima Kasih
Selesai temuduga, terus bangun dan keluar tanpa ucap “terima kasih” boleh buat panel rasa anda kurang adab.
Perkara kecil seringkali jadi faktor besar.
Panel temuduga kerajaan bukan hanya menilai jawapan anda, tapi juga sikap dan personaliti keseluruhan.
Jadi, elakkan kesilapan remeh ini supaya peluang anda tidak terjejas hanya kerana benda kecil.
Kalau anda nak senarai penuh do’s & don’ts temuduga kerajaan yang jarang orang dedahkan, boleh rujuk 👉 [RahsiaTemudugaKerajaan.com]

