Inilah 3 STRATEGI Yang Terbukti Berkesan Membantu Anda Mengurangkan Hutang Anda Satu Demi Satu Dengan Lebih Pantas!
Antara perkara paling best tentang hutang bank ini ialah anda mampu dapat apa sahaja yang anda mahukan dengan mudah tanpa perlu membayar sebarang duit cash (untuk hutang kad kredit) dan hanya perlu membayar 10% deposit untuk dapatkan rumah impian serta kereta idaman anda..
Konsep berhutang dulu bayar kemudian ini mula menjadi satu ketagihan setelah anda berasa seronok mendapatkan apa yang anda mahukan dengan mudah dan pantas.
Ini mendorong anda terus membuat hutang demi hutang terutamanya hutang kad kredit ini untuk mendapatkan apa sahaja yang anda mahukan dengan mudah..
Tapi perkara yang paling TAK BEST pula tentang berhutang ini ialah ketika anda menerima bil kad kredit anda setiap bulan dan ketika anda menghadapi hari-hari terakhir untuk membayar hutang-hutang anda setiap bulan.
Dengan jumlah hutang yang sangat banyak, ia pasti mampu memeningkan kepala anda!
Jika anda hanya ada satu hutang, anda mungkin tidak punyai masalah untuk membayarnya.
Tapi kalau anda punyai banyak hutang yang bayaran bulanannya agak tinggi, ia boleh membuatkan anda sesak nafas setiap bulan - tambah jika gaji bulanan anda hanya cukup-cukup makan sahaja.
Fuh, ia sangat mencabar!
Nak patah balik ke belakang sudah tidak boleh.
Apa yang anda perlu lakukan hanyalah berusaha dan komited untuk membayar hutang-hutang tersebut sampai habis agar anda mampu hidup kembali tanpa rasa risau dan cemas apabila anda sudah bebas daripada sebarang hutang suatu hari nanti..
Tapi perasan tak kenapa ya semakin lama membayar hutang, ia semakin bertambah-tambah.
Seolah-olah tak akan habis?
Jika anda membayar hutang kereta atau rumah, tempoh had masa yang telah ditetapkan untuk pembayaran adalah mengikut surat perjanjian.
Tapi jika anda berhutang kad kredit atau gunakannya untuk cash advance atau ambil personal loan, ia bakal menambahkan lagi hutang-hutang sedia ada.
Malah jika anda lambat membayar, bank akan caj denda kepada anda!
"Habis tu bagaimana nak bebas hutang kalau ia masih berterusan begini?"
Bebas daripada hutang antara impian setiap orang dewasa pada saat ini.. :)
Jika anda bebas hutang, anda tak perlu risau setiap bulan untuk membayar hutang-hutang kepada pihak bank.
Malah anda mempunyai duit lebih setiap bulan untuk disimpan atau dilaburkan kembali ke tempat yang dapat memberikan dividen lumayan setiap tahun.
Ia pasti hebat jika jadi kenyataan!
Ramai yang mahu bebas daripada hutang tetapi tidak tahu cara terbaik untuk mengawal hutang dan membayar habis hutang-hutang tersebut.
Ada yang kata perlukan pinjaman lain untuk membayar pinjaman sedia ada tapi langkah ini hanyalah di ibarat menggali lubang untuk tutup lubang lain.
Ianya pasti tiada kesudahan..
Ini antara 3 strategi BERKESAN untuk membantu anda mengawal serta mengurangkan hutang anda dengan lebih mudah..
#1 - Strategi Avalanche
Teknik Avalanche ini mengajar anda untuk membayar kesemua hutang anda setiap bulan pada jumlah minimum yang ditetapkan oleh pihak bank dan gunakan wang lebihan untuk membayar hutang yang mempunyai interest rate yang paling tinggi.
Ia mampu selamatkan anda daripada terpaksa membayar lebih akibat faedah hutang tersebut..
Kebaikan teknik ini ialah ia mampu meminimumkan jumlah interest yang anda bayar setiap bulan dan mengurangkan jangkamasa untuk menyelesaikan hutang besar tersebut..
Kekurangannya pula ialah ia memerlukan disiplin yang tinggi dan komitmen yang menyeluruh untuk pastikan ianya berjaya.
Anda juga perlukan income tambahan untuk membayarnya..
|
#2 - Strategi Snowball
Teknik Snowball pula berbeza dengan teknik Avalanche, ia mengajar anda untuk membayar hutang kecil yang mempunyai interest rate paling sedikit terlebih dahulu dalam masa yang sama membayar hutang-hutang lain dengan jumlah minimum..
Kebaikannya ialah ia mampu membina motivasi untuk anda membayar hutang dengan lebih cepat dan ianya juga mudah dilaksanakan..
Kekurangannya pula ialah anda terpaksa membayar jumlah interest yang tinggi untuk hutang-hutang besar yang lain.
Ini membuatkan anda ambil masa lebih panjang untuk bebas dari segala hutang..
|
#3 - Strategi SnowFlake
Kaedah ini menggabungkan teknik Avalanche dan Snowball dalam pembayaran hutang anda, cuma dengan cara yang lebih fleksibel.
Anda masih perlu membayar jumlah minimum yang ditetapkan pihak bank tapi membayar lebih sedikit sama ada untuk hutang mempunyai interest rate yang tinggi atau yang rendah mengikut kemahuan anda secara kerap..
Kebaikannya ialah ianya lebih fleksibel dan tidak membuatkan anda berasa tertekan jika tidak mampu membayar lebih setiap bulan untuk hutang anda.
Bayarnya setiap kali anda mempunyai duit lebih sahaja..
Kekurangannya sama seperti teknik Snowball, anda terpaksa membayar jumlah interest yang tinggi dan mengambil masa yang agak lama untuk bebaskan diri anda daripada belenggu hutang yang menghantui hidup anda..
|
Jika anda mahu kurangkan kadar faedah, teknik Avalanche adalah pilihan yang terbaik untuk anda laksanakan.
Tapi jika anda mahu membina motivasi diri untuk selesaikan hutang, teknik SnowBall lebih sesuai untuk anda.
Keberkesanan teknik-teknik ini juga amat bergantung kepada komitmen serta disiplin diri anda untuk membayar hutang..
Nak habis membayar hutang cepat atau lambat, ianya bergantung kepada anda sepenuhnya..
Kuncinya anda perlu bertindak segera untul mengawal hutang-hutang anda, berdisiplin dalam perbelanjaan anda serta mencari-cari peluang untuk tambahkan wang bagi membantu membayar kesemua hutang dengan lebih cepat.
Tindakan ini bakal mengubah hidup anda!
Jika anda masih tercari-cari lagi cara lain yang berkesan untuk membayar hutang-hutang anda, sebuah ebook bertajuk "JOM BEBAS HUTANG" ini pasti mampu membantu anda!
Ebook "JOM BEBAS HUTANG" ini ditulis oleh motivator serta penulis buku terkenal, Dr HM Tuah Iskandar.
Dalam ebook ini, beliau membongkarkan cara SEBENAR bagaimana beliau mampu menjadi bebas kewangan dan membayar hutang-hutang dengan lebih berkesan TANPA perlu membuat pinjaman dari orang lain..
Beliau turut berkongsi cerita bagaimana beliau mampu mengatasi masalah hutang kereta mewah, motor besar serta hartanah-hartanah mahal yang berjumlah lebih jutaan ringgit dan berjaya membayarnya kembali satu demi satu dengan cara yang lebih bijak tanpa perlu berasa tertekan setiap bulan..
Apa yang bakal anda pelajari dalam ebook ini ialah..
4 Jenis hutang SEBENAR yang perlu anda ketahui dan sebahagian besar daripadanya perlu dielakkan..
|
3 Perkara WAJIB yang perlu anda miliki sebelum mengambil sesuatu hutang agar tidak terperangkap dalam bebanan hutang selama-lamanya..
|
3 Kategori hutang dalam kehidupan anda dan cara TERBAIK untuk menyelesaikannya..
|
10 Prinsip & Perkara PENTING yang perlu anda lakukan untuk langsaikan semua hutang anda dengan lebih mudah..
|
3 Langkah BERKESAN yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan dan melunaskan hutang anda satu demi satu dengan lebih pantas..
|
3 Langkah EFEKTIF yang perlu anda lakukan apabila menghadapi kesulitan serta gagal untuk membayar hutang-hutang anda..
|
3 Perangkap nafsu & kehendak yang perlu anda ELAKKAN agar hidup anda mampu menjadi bebas dari sebarang masalah hutang..
|
Amalan harian serta doa MUSTAJAB yang mampu membantu anda melepaskan diri dari masalah hutang serta memulihkan stress yang anda hadapi akibat hutang..
|
Dengan ilmu yang dipelajari dari ebook ini, anda pasti mampu mengawal kembali hutang-hutang anda dan mampu membayarnya satu per satu tanpa sebarang masalah lain.
Kunci untuk berjaya bebas hutang adalah dengan memiliki disiplin diri yang tinggi bagi mengawal perbelanjaan anda.
Yang lain semuanya ditangan anda!
Bayangkan hidup anda selepas ini mampu menjadi tenang tanpa sebarang kerisauan daripada memikirkan bagaimana nak mencari wang setiap bulan untuk membayar hutang kerana anda kini telah menjadi seorang bebas dari hutang selamanya.
Bukankah ini impian hidup anda?
Jom pelajari cara SEBENAR bagaimana anda mampu mengawal dan membayar hutang-hutang anda dengan lebih berkesan dengan ilmu yang dikongsikan dalam ebook ini..
Semua penyelesaian masalah anda ada di:
Artikel Berkaitan :
Hidup Dibelenggu Hutang? Jom Belajar Tips Untuk Langsaikannya!
Penat Larikan Diri Sebab Takde Duit Nak Bayar Hutang?
Kenapa Hutang Semakin Bertambah Walaupun Dah Bayar Setiap Bulan
Teringin Nak Hidup Bebas Tanpa Memikirkan Segala Hutang Piutang?
Pening Kepala Setiap Bulan SEBAB Asyik Fikir Bagaimana Nak Membayar Hutang?
4 Jenis Hutang SEBENAR Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Membuat Sebarang Hutang!