Nak Minta Cuti Dengan Bos? Cuba Guna Ayat Storytelling Ni.

Nak Minta Cuti Dengan Bos? Cuba Guna Ayat Storytelling Ni.

 

 

Tahu tak, anda boleh minta cuti dengan majikan menggunakan storytelling?

 

Ni aku bagi contoh storytelling ringkas

 

Sebelum tulis, kita set matlamat akhir

 

[Bos, saya nak minta cuti sebab saya sakit perut]

 

Kita tukar jadi storytelling

 

===

Semalam balik kerja, mak ajak keluar makan. Saya dah penat tapi keluar juga la sebab mak nak belanja makan.

“Nak makan di mana?”, tanya mak.

Saya angkat bahu je sebab tak tahu nak pergi kedai mana

“Kita gerak je la dulu, jumpa kedai kita berhenti makan. Setuju?”, kata mak.

 


“Orait, jom”, saya balas pendek.

Mak start kereta dan bawa kereta ke arah pekan. Terjumpa satu kedai tepi jalan tapi nampak kurang menarik, orang pun tak ramai. 

Saya geleng kepala “tak best kot kedai ni”

Mak teruskan perjalanan.

Beberapa kedai dah lepas, semuanya saya geleng sebab memang nampak tak menarik.

Sampailah saya ternampak satu kedai yang dipenuhi kenderaan.

“Mesti kedai ni sedap mak, ramai orang”

Mak pun terus belok masuk ke halaman kedai dan parking kereta.

“Jom, kita pergi makan”, mak dah teruja nak makan.

Kami pun order makanan dan makan sampai selesai. Kemudian pulang ke rumah.

Saya bersiap dan terus masuk tidur lepas solat.

Bangun pagi ni, perut memulas dengan kesakitan yang maksimum. Saya masuk tandas dan mula membuang air besar.

“Tak apa, buang biasa je ni. Kejap lagi pergi kerja”, kata hati saya.

 


Belum sempat nak keluar dari tandas, perut memulas sekali lagi. 

“Sah, kena cirit birit. Mesti salah makan di kedai semalam”, saya fikir.

Keluar dari tandas, saya tanya mak in case dia pun kena cirit birit. Saya cari mak di dapur, tak ada. Ketuk pintu bilik, rupanya mak pun dah 5 kali berulang masuk tandas.

Kami berdua kena cirit-birit.

Jadi, maaf bos. 

Saya terpaksa off day hari ini. Kalau pergi kerja pun, saya yakin saya tak boleh buat kerja dengan baik.

Boleh bos?

 

===

 

Agak-agak, yang mana lebih convincing untuk dapat cuti?

 

Meh belajar tulis storytelling cara mudah di sini:

👉 http://mestijadi.ordersini.com

👉 http://mestijadi.ordersini.com

 

 

 

 

Artikel Berkaitan :

Susah Nak Tulis Storytelling?

Kenapa Strorytelling Sangat Penting Untuk Bisnes Anda?

Cara Menulis Storytelling Dengan Cara Yang Betul

Nak Tulis Storytelling Perlu Ada 4 Benda Ni

Storytelling Bukan Sekadar Cerita Tapi Ada Kegunaannya

Nak Minta Cuti Dengan Bos? Cuba Guna Ayat Storytelling Ni.