Kisah Lif Ajaib Jalan Pintas Untuk Terus 'Berjaya'

Kisah Lif Ajaib Jalan Pintas Untuk Terus 'Berjaya'

 

 

Ini kisah yang membuka minda saya untuk memulakan perniagaan internet suatu masa dahulu.
 

Semoga ia turut memotivasikan anda...
 

----
 

Ali & Abu ialah dua sahabat baik.
 

Satu hari Ali datang ke rumah Abu membawa sekeping risalah.


 

Ali : "Abu...aku ada berita baik ni..."
 

Abu : "Berita apanya?"
 

 

Ali : "Aku dapat iklan ni la... Pakej ke puncak gunung kinabalu tanpa perlu mendaki hanya perlu menaiki 'lif ajaib' dan sampai ke puncak dalam masa 10 minit saja..."
 

Abu : "Wow!...Hebat tu...kan kita dah lama berangan nak daki Gunung Kinabalu... Apa syarat2 dia?"
 

 

Ali : "Tak ada apa2 syarat la...bayar seorang RM100 aje ke akaun bank penganjur ni lepas tu kita akan download tiket dan terus pergi ke sana..."
 

Abu : "Apa lagi...jom la...peluang baik ni..."
 

 

Tanpa berfikir panjang mereka berdua membayar setiap orang RM100 ke dalam akaun bank penganjur dan download tiket dari internet.
 

Di Kaki Gunung Kinabalu...
 

 

Ali : "Yeah...kita dah sampai akhirnya.."
 

Abu : "Apa lagi... jom kita cari pihak penganjur tu... aku tak sabar lagi nak rasa naik lif ajaib ni..."
 

 

Hampir setengah jam mereka berdua berkeliaran di kawasan kaki gunung Kinabalu mencari-cari 'lif ajaib' yang di katakan itu.
 

 

Ali : "Aduuuhhh!!...apa cerita ni... tak jumpa pun lif ajaib tu.."
 

Abu : "Batang hidung penganjur pun aku tak nampak ni.."
 

 

Tiba-tiba muncul seorang pakcik di hadapan mereka..
 

 

Pakcik : "Anak berdua ni...mesti nak cari 'lif ajaib' kan?"
 

Ali : "Ye la Pakcik....Pakcik ke penganjurnya?"
 

 

Pakcik : "Pakcik bukan penganjur... tetapi pakcik tinggal di kawasan ni"
 

Ali : "Bagaimana pakcik tahu kami sedang mencari 'lif ajaib' tu?"
 

 

Pakcik : "Kalau ada sesiapa yang datang ke sini tercari-cari sesuatu dan kemudian termenung...itu tandanya dia sedang mencari 'lif ajaib' yang tidak wujud sebenarnya..."
 

 

Ali : "Haaa...tidak wujud...biar betul Pakcik...kami dah bayar seorang RM100 ni...kami tertipu ke?"
 

Pakcik : "Ya..anak berdua sudah tertipu... 'lif ajaib' hanyalah khayalan semata-mata dan pihak penganjur menciptanya untuk mengaburi mata semua orang sebab dia tahu sifat manusia sekarang ramai yang ingin cari jalan pintas...jalan mudah tanpa usul periksa..."
 

 

Abu : "Saya dah agak dah...saya memang rasa pelik...tapi manalah tahu kalau lif ajaib tu benar-benar wujud... kan sekarang zaman sains & teknologi mungkin lif ajaib tu memang dah dicipta untuk memudahkan kita ke puncak gunung Kinabalu ni.....hmmm...rupa2nya kena tipu aje"
 

Pakcik : "Anak2...mendaki gunung ni tidak ada jalan pintas tidak ada jalan mudah....kita mesti bermula mendaki dari bawah dan akhirnya sampai ke puncak... itu semua bukan perkara mudah...kita kena ada kelengkapan yang cukup dan ilmu yang betul..."
 

 

Ali : "Hmmm..."
 

Pakcik : "Ilmu paling penting....ilmu mendaki gunung kena betul...baru awak akan berjaya sampai ke puncak..."
 

Abu : "Saya sedar sekarang...tak ada jalan pintas sebenarnya...kalau nak mendaki gunung...kita kena mendaki dari bawah dan kena ada ilmu mendaki yang betul...."
 

 

Ali : " Hmm...kami bertindak tanpa berfikir...kami terlupa setiap sesuatu perkara nak dilakukan harus ada ilmu yang betul...tiada jalan pintas..."
 

Pakcik : "Nasihat pakcik...kalau anak2 nak menakluki puncak Kinabalu ni.. belajarlah ilmu mendaki gunung yang betul dan sediakan kelengkapan yang lengkap...pasti anak2 akan berjaya satu hari nanti"
 

 

-Tamat-
 

Anda mungkin pelik kan... cerita apa ni... macam cerita dongeng aje...
 

 

MORAL CERITA 'LIF AJAIB'
 

Sebenarnya, apa yang ingin saya beritahu anda ialah jika anda ingin melakukan sesuatu seperti mencari duit di internet maka anda perlukan ILMU yang betul bukan hanya menyertai sesuatu program kemudian tunggu duit masuk macam dijanjikan, ianya amat mustahil.
 

Mungkin anda akan cakap.."saya tak tahu cara nak jual melalui online..."
 

Tak tahu cara nak buat promosi online?...
 

Mudah saja... anda belajar...

 

Benda yang kita tidak tahu...kita kena belajar...
 

Belajar kenali cara promosi yang betul.
 

Belajar pilih produk yang sesuai.
 

Belajar cara dan teknik nak promosikan produk melalui internet.
 

Belajar bagaimana nak menghasilkan sekurang2nya RM2,000 sebulan
 

Pokoknya, kalau anda nak buat duit di internet...
 

ANDA WAJIB BELAJAR ILMU-ILMUNYA...
 

Ikhlas,
-- Rahman Basri