Kenapa Anda Perlu Buat Bisnes Online?

Kenapa Anda Perlu buat Bisnes Online?

.

.

Dengan adanya internet, anda bukan sahaja boleh bersosial dengan rakan-rakan, bukan saja anda boleh mencari kawan baru, malah, anda boleh menjana pendapatan dengan membuat bisnes online.

Banyak peluang yang ada didepan mata kita. Ramai orang tidak tahu dengan adanya internet, banyak peluang untuk kita lakukan bisnes online. Amat rugi jika kita menggunakan internet hanya untuk bersosial sahaja.

Anda boleh memulakan bisnes online seperti:

  • Menjual kraftangan anda di laman web Etsy.
  • Membina website yang penuh dengan informasi dan jana pendapatan dengan iklan.
  • Menyediakan servis kepada pelanggan di Malaysia dan diseluruh dunia.
  • Mendapatkan prospek untuk perniagaan offline anda.
  • Mendapatkan komisyen dengan menjual produk orang lain untuk setiap jualan.

Jika mahu disenaraikan, ada banyak cara untuk anda bisnes online. Semuanya bergantung pada minat anda untuk memilih model bisnes online samada untuk menjual produk fizikal, produk digital, servis, ataupun menjual barangan orang lain. Walaupun anda tidak mempunyai produk sendiri, anda masih boleh menjana pendapatan melalui bisnes online.

 

bisnes online

 

Ini adalah 5 sebab dan kelebihan jika anda mula buat bisnes online.

 

1 - Risiko dapat dikurangkan

Ramai peniaga yang membuka kedai untuk menjual barangan mereka, mengalami kerisauan untuk membuat keuntungan untuk membayar sewa, membayar pekerja dan macam-macam kos lain lagi. Dengan menjalankan perniagaan dan bisnes online, anda tidak perlu menyewa kedai lagi dan sudah pasti risiko kerugian dapat dikurangkan.

Malah, dengan menggunakan internet, anda dapat mengurangkan kos promosi kerana anda boleh menggunakan cara promosi percuma di internet. Selain itu, jika anda ada modal untuk menggunakan cara yang berbayar, anda boleh menggunakan medium seperti pengiklanan melalui Facebook Ads, Google Adwords dan beberapa cara lain. Kos pengiklanan di internet adalah lebih murah.

 

 

2 - Masa Yang Fleksibel

Jika anda mempunyai kedai, kebiasaannya anda terikat dengan waktu untuk menjaga kedai. Malah, jika anda seorang sahaja yang menjaga kedai dari pagi hingga malam, sudah pasti anda tidak mempunyai masa untuk perkara-perkara lain.

Tetapi dengan bisnes online, anda mempunyai masa yang lebih banyak dan fleksibel. Malah, anda juga boleh mempromosikan barangan dikedai anda dengan menggunakan pengiklanan secara online. Sudah pasti lebih ramai yang dapat melihat produk anda walaupun mereka tidak pergi ke kedai anda.

Pada masa kini, ramai suri rumah memilih untuk melakukan bisnes online kerana masa yang fleksibel untuk menjana pendapatan melalui online.

 

3 - Dapat Bertukar Maklumat Dengan Lebih Cepat

Dengan menggunakan internet, pembeli dan penjual dapat bertukar maklumat dengan lebih pantas. Pelanggan dapat bertanya mengenai produk sebelum pembelian dilakukan, dan kita sebagai penjual dapat memberikan jawapan dengan lebih pantas.

Pada masa kini, aplikasi seperti Facebook dan WhatsApp banyak membantu dalam pertukaran maklumat antara pembeli dan penjual. Tak perlu bersua muka untuk menjual beli.

Dengan adanya jaringan online, kita dapat memudahkan kerja dan turut memudahkan pelanggan. Masa juga dapat dijimatkan dengan lebih banyak.

 

4 - Jaringan Pelanggan Lebih Meluas

Melalui Internet anda mampu mendapatkan lebih ramai pelanggan. Bukan sahaja pelanggan dari Malaysia, malah anda juga boleh mendapatkan pelanggan dari luar negara.

Dengan adanya talian internet, ianya tidak mustahil. Jika anda mempunyai sebuah laman web menjual produk anda, sudah pasti ianya dapat diakses tidak kira oleh sesiapa sahaja didunia ini. Selain itu, anda juga boleh menggunakan medium facebook, blog, twitter dan pelbagai jenis media sosial yang telah tersedia.

Kini, tidak mustahil lagi untuk anda mendapatkan pelanggan dari seluruh Malaysia dan juga seluruh dunia.

 

5. Dapat Berkomunikasi dengan Pelanggan secara Terus

Kini anda tidak perlu lagi untuk menggunakan orang ketiga untuk menjawab sebarang pertanyaan untuk pihak anda. Anda boleh sahaja menggunakan telefon bimbit anda untuk menjawab pertanyaan melalui WhatsApp, Facebook, Email, dan lain-lain. Semuanya tidak memerlukan kos tambahan.

Pelanggan juga amat menyukai jika segala pertanyaan mereka dijawab dengan pantas.

 

 

Suka artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda di Facebook.

 

Sumber : https://www.amimnajmie.com/kenapa-anda-perlu-buat-bisnes-online/