Kelebihan Bisnes Tudung Secara Online

Kelebihan Bisnes Tudung Secara Online

 

 

Bisnes tudung online semakin meningkat naik dan mendapat permintaan yang sangat tinggi di kalangan wanita terutamanya remaja. Kalau kita buat carian di enjin carian Google, ada banyak perniagaan online yang menjual pelbagai jenis tudung dengan harga yang berpatutan.

 

Antara yang mendapat sambutan adalah seperti tudung neelofa, tudung shawl, tudung instant, tudung bawal exclusive, tudung satin, tudung syria, tudung bawal plain dan banyak lagi.

 

Ramai yang mencari cara untuk memulakan bisnes tudung online. Ini kerana mereka tahu akan permintaan tudung yang sangat tinggi pada masa kini.

 

bisnes tudung online

 

Dalam post ini, saya akan kongsikan 5 kelebihan bisnes tudung online.

 

Semoga ianya bermanfaat untuk anda dan sedikit sebanyak memberikan anda idea untuk memulakan bisnes tudung online ini.

 

Bisnes Tudung Online

 

 

1. Modal Untuk Bermula Adalah Rendah

 

Kelebihan bisnes tudung online adalah modal permulaannya yang sangat rendah. Untuk bermula, tak perlu beli apa-apa peralatan. Hanya perlu membeli stok tudung sahaja. Ianya di anggarkan lebih kurang sekitar RM300 hingga RM400.

 

Namun, ianya masih boleh dilakukan jika anda tidak mempunyai modal langsung iaitu dengan melakukannya secara Dropship.

 

Apa yang penting pada peringkat permulaan adalah, anda perlu tahu pada siapa tudung itu mahu dijual, apa yang mereka suka, serta design apa yang mendapat permintaan. Apabila anda mengetahui tentang perkara ini, jualan masih boleh dimulakan walaupun stok tudung belum ada ditangan.

 

 

 

2. Bisnes Tudung adalah Evergreen

 

Ya! Produk evergreen seperti tudung, adalah produk yang sentiasa ada permintaan di pasaran. Tidak kira masa, hari atau bulan, pasti akan ada sahaja yang akan membeli tudung.

 

Ianya tidak seperti bisnes kuih raya dimana musim raya sahaja yang akan mendapat permintaan yang tinggi. Bermakna, kuih raya hanya akan mendapat sambutan sekali setahun sahaja. Kemudian, permintaan pada kuih raya akan menjadi suam-suam kuku sahaja selepas tamat musim perayaan.

 

Namun berbeza pula dengan tudung. Walaupun bukan musim perayaan, tudung sentiasa mendapat permintaan. Tapi apabila tibanya musim perayaan, permintaan tudung akan melonjak-lonjak sehingga 3 ke 4 kali ganda berbanding pada bulan-bulan biasa. Jadi, tidak hairan la jika peniaga-peniaga tudung akan menjana sehingga ribuan ringgit sebulan apabila menjelangnya musim perayaan.

 

bisnes tudung online madihah scarf

 

 

 

3. Senang Nak Jual.

 

Sudah semestinya nak jual tudung ni, lebih mudah berbanding nak jual ubat kecantikan, ubat kurus, ubat putih kulit dan macam-macam lagi.

 

Nak kena letak testimonial, nak kena tunjuk bukti keberkesanan produk dan perlu cerita panjang lebar untuk yakinkan bakal pembeli produk mereka. Namun tidak sama sekali jika menjual tudung.

 

Cukup sekadar meletakkan gambar wanita bertudung dengan wajah yang ceria dan gembira, letak sedikit penerangan mengenai jenis kain serta harganya, boleh terus dijual dengan mudah.

 

 

 

4. Tiada Tarikh Luput

 

Tudung adalah kategori produk yang tidak ada tarikh luput. Kita boleh simpan ianya selama mana yang kita mahu. Lain pula jika kita jual produk makanan dimana jika tidak laku dan tidak habis dijual, ianya akan luput dan perlu dibuang. Sama juga seperti produk kosmetik yang mempunyai tarikh luput.

 

Namun, tidak untuk produk tudung. Jika tudung tersebut agak sukar untuk dijual, kita boleh tawarkan harga diskaun. Tapi jika masih tidak laku juga, kita boleh jadikannya sebagai hadiah percuma untuk pembelian barangan anda yang lain.

 

 

 

5. Buat Hanya Dari Rumah!

 

Ini adalah kelebihan terbesar bagi bisnes tudung online. Terutama sekali bagi golongan suri rumah. Bisnes tudung boleh terus dilakukan dari rumah sahaja.

 

Untuk pos barang pula, anda mempunyai pilihan samada untuk terus pergi ke pejabat pos atau gunakan perkhidmatan pos dimana mereka yang akan datang ambil barang dari rumah kita. Mudah kan?!

--

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan selok-belok mengenai bisnes tudung, klik gambar dibawah.

 

Dalam ebook ini.. penulis menceritakan bagaimana strategi beliau menjual tudung sehingga mendapat untung berbelas ribu ringgit, cara untuk membuat tudung jenama sendiri, senarai supplier tudung, serta banyak lagi yang dibongkarkan.

 

Klik gambar dibawah untuk dapatkan ebook ini dengan segera.

 

rahsia bisnes tudung

 

Sumber : https://www.amimnajmie.com/bisnes-tudung-online/

 

Artikel Berkaitan :

TERBONGKAR! - Ini Rupanya Kos Tersorok Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Memulakan Bisnes Tudung!

Wah.. Ini Rupanya Rahsia SEBENAR Company Besar Jana Untung Lumayan Dengan Bisnes Tudung

Oh... Macam Ni Rupanya Nak Mulakan Bisnes Tudung Dengan Modal Yang Kecil..

Nak Mulakan Bisnes Tudung Pada Musim COVID-19 Ini?

Akak Ini Berkongsi KISAH SEBENAR Bagaimana Dapatkan RM15K Setiap Kali Menjelang Ramadhan

Kelebihan Bisnes Tudung Secara Online