Idea Menulis Ebook Percuma Dan Berbayar

Idea Menulis Ebook Percuma dan Berbayar

.

Adakah perlu untuk anda menghasilkan ebook percuma? Jawapannya YA! Ada banyak tujuan kenapa anda perlu hasilkan ebook percuma antaranya untuk diberikan hadiah kepada mereka yang subscribe kedalam email anda. Selain daripada itu, ebook percuma juga boleh diberikan sebagai bonus pembelian untuk mana-mana produk jualan atau affiliate anda. Selain daripada itu, anda juga boleh menjual ebook yang telah anda siapkan. Bergantung kepada tujuan anda menghasilkan ebook tersebut.

 

Ebook Percuma

 

Untuk menghasilkan sebuah ebook, ianya amat mudah. Namun, untuk mencari tajuk ebook untuk anda tulis, agak rumit sedikit. Dan inilah antara sebab utama kenapa seseorang itu tertangguh untuk menulis ebooknya sendiri oleh kerana lama memikirkan apa tajuk dan topik yang sesuai untuk ditulis pada ebooknya.

Tujuan utama ebook dihasilkan adalah untuk menyelesaikan masalah orang ramai. Orang ramai yang berminat untuk mendapatkan atau membeli ebook oleh kerana mahukan maklumat yang terdapat didalam ebook berkenaan.

Jadi, anda boleh tulis apa sahaja topik yang anda mahukan, asalkan ianya dapat menyelesaikan masalah orang ramai. Apa yang perlu anda lakukan selepas menyiapkan ebook tersebut, anda hanya perlu mencari mereka yang mempunyai masalah yang dapat diselesaikan melalui ebook yang telah anda hasilkan.

Ini bermaksud, anda boleh menghasilkan apa sahaja ebook dalam apa sahaja topik, tidak kira ianya ebook percuma atau berbayar, asalkan ianya dapat menyelesaikan masalah ramai orang dan pastikan teknik pemasaran anda juga bagus.

 

Hasilkan ebook yang dapat menyelesaikan masalah orang lain

 

ebook percuma

 

#1 - Tulis apa yang anda tahu

Senaraikan 5 hingga 10 topik utama yang anda minat dan tahu. Contohnya:

  1. Hobi
  2. Kereta
  3. Politik
  4. Saham
  5. Agama
  6. Motivasi
  7. Berkebun
  8. Memasak
  9. Memikat wanita
  10. Meluangkan masa dengan keluarga

Dari 5 hingga 10 topik utama yang telah disenaraikan, pilih tiga topik yang anda sendiri mempunyai pengalaman dan pengetahuan serta selesa dengan topik tersebut. Contohnya:

  1. Kereta
  2. Saham
  3. Memasak

Melalui tiga topik utama yang telah anda pilih di atas, pilih satu sahaja topik yang anda rasa ianya paling mudah untuk anda keluarkan idea-idea yang ada. Apabila anda mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang mendalam mengenai topik tersebut, sudah pasti kerja untuk menghasilkan ebook berjalan dengan lancar.

Mungkin anda merasakan bahawa topik memasak adalah topik yang sesuai untuk anda. Jadi, anda boleh fikirkan sesuatu yang berkaitan dengan topik tersebut. Anda fikirkan juga masalah-masalah yang sering dihadapi dalam topik tersebut. Kebiasaannya, topik yang paling popular berkenaan memasak adalah berkenaan dengan resepi. Anda boleh hasilkan ebook resepi untuk ebook pertama anda.

 

#2 - Melalui Keadaan Persekitaran Anda

Melalui keadaan persekitaran, juga dapat memberi idea kepada anda dalam menghasilkan dan menulis ebook. Anda boleh lihat dalam keadaan kehidupan seharian anda. Apakah masalah-masalah yang anda hadapi? Anda boleh senaraikan kesemuanya, contohnya seperti berikut:

  1. Tak ada masa nak kemas rumah
  2. Tak tahu dengan jelas bagaimana terlalu cepat kehabisan wang
  3. Tak ada masa nak buat benda yang anda minati atas sebab urusan kerja

Dari permasalahan yang telah anda senaraikan, cuba cari satu penyelesaian bagi masalah-masalah tersebut. Anda boleh menghasilkan dan tulis ebook melalui pengalaman anda sendiri atau dari bahan bacaan sebelum ini bagi menyelesaikan masalah tersebut.

 

#3 - Lihat ebook di pasaran

Dengan melihat produk informasi yang ada di pasaran, anda juga boleh mendapatkan idea bagi menghasilkan ebook anda. Mungkin sebelum ini anda pernah membaca ebook mengenai sesuatu topik dan anda merasakan ada sesuatu yang kurang pada topik tersebut. Jadi, ini adalah peluang anda untuk membuat ebook yang lebih baik berkenaan topik itu.

 

Dengan menggunakan tiga teknik diatas, insyaAllah dengan mudahnya anda dapat menyiapkan ebook pertama anda. Pastikan anda teruskan menulis dan jangan sesekali berhenti menulis dan menukar topik. Ini akan membuatkan anda kehilangan idea dan momentum yang sudah sedia ada. Semoga ebook pertama anda dapat dihasilkan tidak kira atas tujuan untuk diberikan percuma atau berbayar.

 

 

Sumber : https://www.amimnajmie.com/ebook-percuma/