Cara Mudah Buka Akaun Semasa Syarikat, Tanpa Introducer

Cara Mudah Buka Akaun Semasa Syarikat, Tanpa Introducer

.

Artikel ini telah dipublish pada 2017. Berkemungkinan info dan screenshot yang dipaparkan berlainan dengan keadaan semasa anda membacanya.

.

Alhamdulillah, baru-baru ni, saya berjaya membuka akaun semasa syarikat tanpa menggunakan introducer. Sebelum ni memang dah lama nak buat, tapi salah satu syarat cara buka akaun semasa adalah perlu ada introducer, jadi tertangguh-tangguh.

Saya yakin mesti ada juga yang diluar sana mempunyai masalah untuk mendapatkan introducer ni. Jadi dengan cara ni, anda tak perlu lagi mencari introducer.

Tidak dinafikan, cara buka akaun semasa di Maybank, banyak syaratnya. Salah satunya adalah anda perlu ada introducer, dan deposit juga agak tinggi iaitu RM2,000. Berbanding cara buka akaun semasa syarikat di CIMB, tidak perlu menggunakan introducer dan deposit hanya RM1,000 sahaja. Malah, ianya dimudahkan lagi dengan mengisi borang secara online.

Wah. Sangat menarik. Syarat pun tidak banyak jika dibandingkan dengan Maybank. Niat dihati memang nak buka dengan Maybank. Tapi oleh sebab cara buka akaun semasa di CIMB lebih mudah dan pantas, saya teruskan niat untuk membuka akaun semasa di CIMB sahaja.

 

Antara syarat utama untuk membuka akaun semasa (current account) di CIMB adalah:

  1. Anda telah mendaftar SSM untuk syarikat anda. Tidak kisah Enterprise atau Sdn Bhd.
  2. Duit RM1,000 untuk deposit ke akaun semasa anda nanti.

Ini adalah pengalaman saya sendiri berurusan dengan CIMB Cawangan Kuala Selangor.

 

CARA BUKA AKAUN SEMASA DI CIMB

 

 

1. Layari https://www.cimb.com.my/en/business/solutions-products/deposit-investments/current-account/online-business-current-account-i.html dan klik Apply Now.

cara buka akaun semasa

 

 

2. Isikan kesemua maklumat yang diminta. Kemudian, klik Next Step.

akaun semasa syarikat

(Jika perlu: Klik Save Progress jika ingin menyimpan maklumat yang telah diisi dan sambung semula pada waktu dan hari yang lain)

 

 

3. Lepas selesai isi kesemuanya, anda akan diberikan Reference ID. Pastikan anda simpan nombor ID ini. (Nombor ID ini akan diminta semasa anda pergi ke Branch CIMB nanti)

daftar akaun semasa online

 

 

4. Kemudian, anda perlu pergi ke branch yang telah anda pilih semasa mengisi borang tersebut. (Perlu hadir dalam masa 30 hari selepas anda mengisi borang secara online).

current account cimb

 

Bawa bersama dokumen-dokumen penting yang mereka perlukan.

  • MyKad anda (Tidak perlu buat salinan)
  • SSM 3 muka surat. (Salinan Asal & Fotostat) - Pastikan yang terkini. Bukan yang dah expired. Mereka akan ambil satu set dari anda.
  • Wang tunai RM1,000 untuk deposit ke akaun semasa nanti. (Transfer online pun boleh)
  • Reference ID (Rujuk point No.3)

Apabila anda sampai sahaja ke cawangan tersebut, mereka akan review dahulu dokumen yang anda bawa.

Apabila anda telah dipanggil dan semuanya telah selesai, anda akan diminta untuk memasukkan RM1,000 ke akaun semasa anda.

 

Dan siapppp! Anda telah pun mempunyai akaun semasa untuk syarikat anda :)

 

BACA JUGA : Cara Daftar SSM BizTrust untuk website perniagaan anda.

 

5. Langkah seterusnya, anda perlu mendaftar di BizChannel@CIMB.

akaun semasa cimb

 

Anda akan menerima beberapa email daripada CIMB untuk cara mengaktifkannya. Ikut sahaja langkah-langkah yang mereka berikan.

cimb bizchannel

 

Anda akan menerima email mengenai butiran perniagaan anda, butiran untuk login ke akaun BizChannel@CIMB dan juga kata laluan dalam bentuk PDF. (File PDF ini perlu dibuka dengan password. Password ini akan dihantar ke nombor telefon anda)

Setelah semuanya selesai, anda boleh mula Login ke dalam akaun semasa online anda.

 

UPDATE 2021 : BERKEMUNGKINAN BESAR & MENGIKUT PENGALAMAN BEBERAPA ORANG PEMBACA ARTIKEL INI, ADA BEBERAPA CAWANGAN MEMPUNYAI CARA YANG BERBEZA. OLEH ITU DISARANKAN UNTUK ANDA MENDAPATKAN KEPASTIAN DAN PENGESAHAN DARI CAWANGAN TERDEKAT DI KAWASAN ANDA.

 

 

 

 

 

 

Sumber : https://www.amimnajmie.com/cara-buka-akaun-semasa-tanpa-introducer/