Topik ini adalah antara topik hangat bagi mereka yang berminat untuk buat perniagaan internet. Iaitu topik buat duit dengan ebook. Tapi! Jangan keliru dengan book dan ebook. Buku dan juga ebuku.
Ebook atau ebuku, tidak sama dengan buku dimana buku dapat dipegang tetapi ebook tidak dapat dipegang. Ianya hanya ebook maya atau dipanggil sebagai buku elektronik yang mana dapat dibaca melalui telefon mudah alih atau komputer dan laptop anda.
Bagaimana cara untuk hasilkan ebook? Bagaimana cara untuk menulis eBook?
Pertama sekali, anda perlu fikirkan topik yang anda mahu tulis dalam ebook anda. Jika anda minat atau mempunyai pengalaman dalam sesuatu bidang, anda boleh hasilkan ebook berkenaan topik tersebut.
Sebagai contoh, jika anda mahir dalam selok belok fotografi, anda boleh menulis dan menghasilkan ebook berkaitan topik tersebut. Tidak banyak ebook mengenai fotografi di pasaran Malaysia. Selain itu, mungkin juga anda mempunyai resepi tersendiri. Jadi, anda boleh menghasilkan ebook resepi dimana didalamnya mempunyai himpunan resepi rahsia daripada anda.
Mungkin anda terfikir dan tertanya-tanya apa yang perlu ditulis dalam ebook. Secara ringkasnya, anda boleh tulis apa sahaja yang anda rasakan ianya berinformasi untuk pembaca.
Berikut ada beberapa idea dan gambaran untuk menghasilkan isi kandungan didalam ebook anda. Masukkan :
- Tips dan petua berkaitan topik tersebut.
- Cara untuk lakukan.
- Pengalaman dan kisah peribadi anda.
- Penulisan yang berinformasi dan motivasi.
- Fakta yang menarik yang dapat menarik perhatian pembaca.
Jadi, itu adalah secara ringkasnya apa yang boleh anda masukkan kedalam ebook anda. Itu hanya sedikit sahaja. Anda perlu masukkan lebih banyak lagi elemen-elemen lain didalam ebook anda. Pastikan anda menambah nilai pada ebook anda dengan memberikan sebanyak mana maklumat yang bermanfaat dan berguna kepada pembaca.
Untuk mengelakkan pembaca anda bosan membaca ebook tersebut, masukkan juga gambar-gambar selingan pada setiap penulisan anda.
Cara untuk hasilkan ebook.
Sangat mudah. Anda boleh terus menulis dengan menggunakan microsoft office yang ada didalam komputer atau laptop anda.
Kemudian, simpan file tersebut dalam format PDF. SIAP! Ya, ebook anda sudah pun siap. File PDF tersebut adalah ebook yang perlu anda hantar kepada pembeli.
Jadi, dengan mudahnya anda boleh mula buat duit dengan ebook. Gunakan minat dan kepakaran atau pengalaman yang anda ada. Kembangkan ia menjadi sebuah ebook dan jual melalui online.
InsyaAllah saya akan share pula cara dan teknik untuk menjual ebook di post-post akan datang.
Sumber : https://www.amimnajmie.com/buat-duit-dengan-ebook/