Ramai orang kata, blog sudah tidak relevan lagi masa kini oleh kerana terdapatnya kehadiran media sosial seperti facebook dan instagram. Namun, adakah kenyataan itu benar? Adakah strategi pemasaran online dengan menggunakan blog sudah tidak boleh diguna pakai?
Pada pendapat saya, ianya salah sama sekali. Jika anda menjalankan perniagaan internet dan bergantung hanya semata-mata pada facebook dan instagram, awas! Anda dalam bahaya.
Tidak kah anda pernah lihat dan dengar, rakan-rakan anda yang hilang akaun facebooknya secara tiba-tiba, akaun pengiklanan telah diban, akaun instagramnya sudah ditutup, dan banyak lagi kes-kes yang berkaitan seperti itu.
Jadi, amat bahaya jika anda hanya menggunakan medium tersebut sebagai senjata pemasaran online anda kerana facebook dan instagram bukan milik anda. Bila-bila masa sahaja perniagaan anda di medium tersebut boleh lesap begitu saja.
Sebab itu, blog tidak boleh dipandang remeh. Mungkin anda merasakan blog masih tidak relevan kerana ramai diantara kita hanya 'melepak' di media sosial seperti facebook dan instagram.
Sebenarnya, blog masih sangat sangat sangat releven. Satu soalan yang perlu anda jawab.
"Kebiasaannya, dimanakah tempat untuk anda mencari sesuatu informasi?"
Sudah tentu jawapan yang akan ramai jawab adalah di "Google".
Dan adakah anda tahu bahawa keputusan carian di google kebanyakannya adalah senarai blog-blog dan bukan dari media sosial.
Sebab itu, anda perlu jadikan blog sebagai salah satu senjata pemasaran online anda. Kan lebih baik jika anda pelbagaikan medium pemasaran online :)
Sehingga kini, blogging adalah antara senjata pemasaran online yang paling popular? Kenapa ianya sangat popular?
Ini kerana membuat sebuah blog bukanlah sebuah perkara yang sukar. Dengan adanya "Pakcik Google", dengan mudahnya anda mendapatkan tutorial langkah demi langkah untuk membuat blog. Malah, jika anda sudah mempunyai akaun Gmail, anda boleh terus pergi ke blogger.com untuk membina blog anda. Bagaimana jika anda tiada Gmail? Tiada masalah. Boleh terus ke blogger.com dan terus daftar akaun baru anda.
Selain itu, anda juga boleh bina blog dengan menggunakan wordpress.com. Dengan menggunakan wordpress.com, anda ada lebih banyak pilihan yang lebih banyak berbanding dengan blogger. Namun, jika ini adalah pertama kali anda mahu membina blog, blogger adalah yang paling sesuai oleh kerana ianya sangat mudah untuk dikawal.
Berikut ada sedikit tips bagaimana caranya untuk memaksimakan penggunaan blog anda:
- Ikut minat. Bina blog mengikut minat anda. Sebaiknya topik dalam blog tersebut adalah topik yang berkaitan dengan industri perniagaan anda. Tidak digalakkan jika anda mencampur banyak topik didalamnya. Sebagai contoh, topik kereta dan topik kesihatan, sudah pasti tidak sesuai jika dibina dalam satu blog kan?
- Gunakan keyword yang sentiasa dicari oleh pengguna internet. Dengan mempunyai keyword yang sesuai, blog anda mudah disenaraikan di halaman carian google. Dengan memasukkan keyword yang popular, sudah pasti blog anda mudah dijumpai di google dan seterusnya mendapat pelawat dengan mudah. Anda boleh dapatkan idea carian keyword dengan menggunakan Google Keyword Planner.
- Sentiasa mengemaskini blog anda. Terbaiknya jika anda kemaskini dengan artikel-artikel baru sehari sekali. Namun, jika anda mempunyai waktu yang terhad, memadai jika dapat membuat 2 hingga 3 post seminggu
- Gunakan kaedah RSS feed supaya orang tahu ada artikel baru yang dimasukkan didalam blog. Dengan kaedah ini, pelawat sebelum ini akan datang semula ke blog anda dan membaca artikel terkini yang anda kemaskini.
- Lawat blog lain. Pastikan anda melawat blog-blog lain tetapi yang sama dengan industri anda. Bukan melawat sahaja tetapi tinggalkan juga komen-komen diblog mereka. Melalui cara ini, anda juga sebenarnya sedang mempromosikan blog anda kepada blog orang lain. Sudah pasti, jangan lupa untuk letakkan link blog anda diruangan url yang telah disediakan ketika meninggalkan komen.
Bina blog anda sekarang, oleh kerana banyak manfaat yang boleh kita dapat melalui aktiviti blogging.
Sumber : https://www.amimnajmie.com/blog-salah-satu-senjata-pemasaran-online/