8 Cara Buat Duit Raya

8 Cara Buat Duit Raya

 

Buat Duit Raya

 

Baiklah, di bawah ini ada beberapa cara buat duit raya yang akan saya kongsikan dengan anda. 

 

Nampak macam simple tapi ramai yang tak nak ambil peluang yang dah ada di depan mata.

 

Kesemua cara ini confirm laku menjelang hari raya ni.

 

 

Kalau saya nak listkan kesemuanya, ada banyak lagi cara buat duit raya, tapi confirm panjang berjela. 

 

Jadi di sini saya kongsikan kepada anda beberapa list yang sememangnya ‘hangat’ apabila sudah dekat menjelang hari raya.

 

Tak kan anda tak nak ambil peluang kan?

 

 

1. Jual Kuih Raya

 

Kuih raya ni memang tak lari dengan tema Hari Raya.

 

Bila sampai sahaja musim perayaan, mesti ramai yang pergi membeli belah kuih raya.

 

Jadi, ini lah masanya anda nak menjual kuih raya kepada mereka.

 

Anda boleh jual pada rakan di pejabat, jiran-jiran, saudara mara, atau melalui online.

 

Kalau anda tahu buat kuih raya, dan selama ni hanya jual kepada jiran-jiran dan kawan-kawan sahaja, apa kata kali ni anda cuba jual di internet.

 

Confirm laku!

 

Tapi jika anda tidak mahir membuat kuih raya, anda boleh cari pembekal kuih raya dan beli secara borong.

 

Jual kepada kawan-kawan anda dan saudara mara.

 

Dan jangan lupa juga jual secara online.

 

Jika anda tak tahu nak cari pembekal kuih raya, anda boleh membuat carian di google dengan keyword "Pemborong Kuih Raya"

 

Extra Tips! :

https://trends.google.com/trends/explore?date=all&q=kuih%20raya

Mengikut data Google Trends diatas, anda boleh lihat bahawa carian di internet mengenai kuih raya, sangat tinggi.

 

Melalui pengamatan saya, anda boleh menghasilkan kuih raya atau menghasilkan ebook resepi kuih raya.

 

Permintaan sangat tinggi!

 

 

2. Jual Kurma

 

Anda cari pembekal dan pemborong kurma, beli daripada mereka dan jual secara online.

 

Kurma sememangnya sangat laris di bulan Ramadhan ini.

 

Malah, semasa raya pun masih ramai lagi yang mencari kurma.

 

kurma

 

Jika anda tidak jumpa pembekal dan pemborong kurma, anda boleh bertanya pada peniaga di bazar ramadhan atau anda boleh terus google dengan keyword yang berkaitan.

 

 

3. Jual Songkok, Telekung

 

Songkok juga terlalu banyak permintaannya.

 

Anda boleh menjual songkok yang mempunyai corak di kelilingnya kerana kebanyakan daripada mereka yang ingin membeli songkok untuk hari raya menyukai songkok yang bercorak-corak.

 

Cari sahaja pembekalnya dengan membuat carian di google.

 

Atau anda juga boleh menjual corak sahaja yang boleh dipasang pada songkok.

 

Jika anda ada kemahiran menjahit, mungkin cara ini sangat sesuai.

 

 

4. Jual Baju Raya

 

Baju raya..

 

Rasanya ini sangat sangat sangat di cari oleh mereka diluar sana.

 

Confirm laku jika anda jual.

 

Banyak pembekal baju raya di luar sana yang anda boleh dapatkan.
 

Mereka di luar sana lebih cenderung untuk membeli baju siap daripada membeli kain ela.

 

Cari sahaja pembekalnya di internet.

 

Atau jika anda mempunyai saudara mara yang mahir menjahit dan mengambil tempahan baju raya, anda suruh sahaja dia hasilkan dan anda pasarkan di internet.

 

Anda boleh membuat deal dengan saudara anda.

 

 

5. Jual Dadih

 

Cara nak buat dadih memang senang.

 

Tahun lepas, saya sendiri sudah cuba untuk menjual dadih kepada jiran-jiran saya.

 

Paling banyak tempahan ketika 2 hingga 3 hari lagi nak raya..

 

Tak cukup tangan nak buat..

 

Saya sarankan anda untuk cuba jual dadih kerana ia mudah dihasilkan.

 

Lagi pula modal untuk membuat dadih ni sangat-sangat murah.

 

 

6. Jual Kerepek

 

Kerepek juga menjadi kegemaran ramai di musim raya.

 

Namun, jika bukan musim perayaan sekali pun, kerepek tetap laku jika di jual.

 

Anda cuba dapatkan kerepek yang dijual sekali banyak.

 

Contohnya jika ada kerepek pisang, anda beli sahaja yang berkilo-kilo.

 

Dan anda pek semula dan boleh dijual kepada rakan-rakan anda, jiran-jiran termasuk di internet.

 

Rugi jika anda tak ambil peluang ni..

 

 

7. Jual Kek Coklat

 

Anda boleh membuat kek coklat dan menjualnya kepada jiran-jiran terdekat anda.

 

Tapi awas, jangan jual kek coklat secara online pula ye.

 

Nanti anda nak pos macam mana pula kan.. ;)

 

Tapi, jika anda mahu menjual secara online, anda boleh mencari pembekal tepung kek coklat dan jualnya secara online.

 

Saya pernah mencubanya dan ternyata tak cukup sepuluh pek.

 

Saya order lagi 30 pek kerana apabila bawa pulang ke kampung, rupa-rupanya ramai juga saudara mara yang berminat.

 

Itu baru saudara mara, belum lagi jiran di kawasan rumah kita, di tempat kerja kita, atau di dalam internet.

 

 


8. Jual Butang Baju Melayu / Keronsang

 

Butang baju melayu dan keronsang banyak permintaannya.

 

Time tak raya pun ramai wanita di luar sana mencari keronsang yang bermacam-macam bentuk.

 

Apa lagi, cuba anda cari pembekal butang dan keronsang.

 

Confirm laku.

 

 

Jadi, itu lah 8 cara untuk anda buat duit raya kerana produk-produk yang dinyatakan ternyata sangat laris untuk dijual lebih-lebih lagi secara online.

 

Ada banyak lagi yang boleh anda jual seperti minyak wangi, dodol, ketupat, serunding, dan macam-macam lagi.

 

Saya sarankan supaya anda memilih satu cara sahaja untuk permulaan supaya anda fokus pada satu produk sahaja.

 

Namun jika anda mampu melakukan kesemua yang disebutkan, apa salahnya ;)

 

Jika anda rasakan menjual dadih adalah senang, apa kata anda cuba dahulu.

 

Jika mendapat sambutan, gandakan lagi usaha anda untuk menjual dadih tersebut.

 

Sekian sahaja daripada saya, semoga artikel cara buat duit raya ini serba sedikit membantu anda untuk memulakan langkah pertama anda menjana pendapatan sampingan menjelang hari raya.

 

Sumber : Cara Buat Duit Raya