Pernah tak anda alami dilema sebegini..
Anak anda rasa down, kurang bermotivasi serta malu nak pergi ke sekolah kerana selalu di denda dengan cikgu akibat tidak menghafal sifir.
Lebih teruk dari itu, mereka turut diejek rakan sebaya yang rata-ratanya sudah berjaya menghafal sifir dengan lancar..
Ramai ibu bapa pada hari ini mengalami situasi yang sama dan mula berasa risau dengan keadaan anak masing-masing terutamanya bila umur mereka semakin meningkat.
Ini kerana menghafal sifir adalah satu perkara paling penting untuk menguasai Matematik pada masa depan..
Jadi adakah ini bermakna anak anda mempunyai masalah pembelajaran dan fungsi otaknya agak perlahan untuk menghafal sifir?
Sebenarnya TIDAK.
Mereka sangat memerlukan bimbingan anda untuk menghafal sifir di rumah dengan teknik pembelajaran yang betul dan terbukti berkesan tanpa sebarang paksaan atau denda yang menghancurkan motivasi anak anda..
Inilah antara 5 langkah mudah yang boleh anda lakukan untuk membantu anak anda menghafal sifir dengan lebih mudah dan lancar di rumah tanpa sebarang masalah:
#1 - Pecahkan Jadual Sifir Menjadi Beberapa Bahagian Kecil Ini perkara paling penting yang perlu anda lakukan. Jangan mendesak anak anda menguasai 100 sifir sekaligus. Sebaliknya, fokus pada satu jadual sifir pada satu masa.
|
#2 - Gunakan Kaedah Visual Untuk Menerangkan Jadual Sifir Tersebut Pastikan anak anda memahami dengan jelas apakah maksud sebenar soalan berkaitan dengan pendaraban tersebut. Untuk membantu mereka lebih faham, gunakan kaedah visual seperti carta "Dot Array" untuk bantu mereka merungkai persoalan berkaitan sifir.
|
#3 - Ajar Anak Anda Menghafal Sifir Yang Mudah Terlebih Dahulu Pastikan anak anda kuasai sifir yang mudah terlebih dahulu agar mereka mampu bina keyakinan diri apabila berhadapan situasi untuk hafal sifir yang lebih susah. Ini mampu membantu anak anda menghafal sifir dengan lebih lancar..
|
#4 - Buat Latihan Dengan Kerap Sampai Mampu Menghafalnya Latihan yang kerap sangat penting untuk membuatkan anak anda lebih mengingati sifir yang telah mereka hafalkan. Anda boleh tanya soalan sifir secara rawak di rumah, melakukan aktiviti atau permainan berasaskan sifir & menyuruh mereka menjawab soalan dalam buku.
|
#5 - Cuba Berlatih Dengan Sifir Yang Bercampur-campur Setelah anak anda menguasai jadual sifir baru, sudah tiba masanya untuk anda mencampurkan sifir tersebut dengan sifir-sifir yang telah dia hafal. Dengan mencampurkannya bersama-sama, ia akan menguatkan ingatan mereka untuk jangka masa panjang. Terus latihan ini sehingga anak anda mammpu hafal semua sifir yang diperlukan..
|
Dengan teknik yang betul, anak anda pasti mampu menjadi seperti kanak-kanak normal yang lain dan mampu menghafal sifir dengan lebih lancar serta dah bersedia untuk menjawab soalan berkenaan sifir dengan mudah dan pantas..
Salah satu teknik yang terbukti berkesan ialah teknik Flashcard "Gaya MathMedic".
Teknik ini dibongkarkan secara eksklusif oleh pakar yang mengajar teknik menguasai Matematik dengan kaedah "MathMedic", Encik Osman Affan dalam ebook Hafal Sifir..
Dalam ebook ini, Encik Osman Affan membongkarkan teknik sebenar dari A ke Z bagaimana anda mampu membantu anak anda menghafal sifir dengan lebih lancar di rumah dalam masa kurang 14 hari tanpa perlu membayar yuran tuisyen khas dan sebagainya.
Kini anak anda boleh menghafal sifir dengan mudah & pantas tanpa sebarang halangan!
Bayangkanlah betapa cerianya wajah anak anda ketika pulang dari sekolah kerana dapat menjawab soalan berkaitan sifir dan Matematik dengan penuh yakin.
Mereka tidak lagi berasa malu untuk berdepan dengan rakan-rakan sebaya kerana telah berjaya menghafal sifir.
Inilah penyelesaian yang diimpikan oleh setiap ibu bapa!
Jom mula belajar teknik menghafal sifir dengan gaya MathMedic untuk membantu anak anda menghafal sifir dengan lebih berkesan di:
Artikel Berkaitan :
5 Sebab Mengapa Anak Anda Sukar Untuk Menghafal Sifir
Nak Tahu Cara TERBAIK Untuk Mengajar Anak Anda Menghafal Sifir Dengan Lebih Berkesan Di Rumah?
5 Langkah Berkesan Yang Mampu Bantu Anak Anda Menghafal Sifir Dengan Lebih Lancar, Mudah dan Pantas
5 Aktiviti Menarik Yang Mampu Tarik Minat Anak Hafal Sifir!
5 Mobile Games TERBAIK Yang Mampu Bantu Anak Hafal Sifir Dengan Lebih Berkesan Dalam Masa Singkat