Anda ada wang lebihan RM 10k..
Ini instrumen pelaburan yang mungkin boleh anda pertimbangkan untuk laburkan wang anda.
Kadar risiko yang dinyatakan disini adalah pada situasi "worse case scenario"..
Iaitu risiko yang paling teruk yang mungkin anda alami apabila melabur di tempat-tempat tersebut.
Manakala kadar keuntungan yang dinyatakan pula, adalah pada kadar average (biasa-biasa)
Jom kita tengok.
ASB |
Risiko Hilang Duit: RM0 |
Ya, insyallah, wang anda tidak akan kurang atau hilang jika anda simpan/labur wang anda di ASB/TABUNG HAJI |
Potensi Kentungan : RM500 ( 5%) |
Purata pulangan ASB sejak beberapa tahun kebelakangan ini, hanyalah sekitar 5% sahaja. |
EMAS |
Risiko Hilang Duit: -RM4,000 |
Rekod kejatuhan harga emas yang paling tinggi buat masa ini ialah sebanyak 40%, iaitu pada tahun 2011-2013 |
Potensi Kentungan : RM1,000 / 10% |
Secara purata, kadar kenaikan emas untuk tempoh setahun ialah sekitar 20%, tetapi disebabkan emas mempunyai spread (beza harga jual & beli) sekitar 8-12%, maka, ia menyebabkan keuntungan emas anda akan berkurangan dan anda hanya dapat untung sekitar 10% sahaja setahun. |
SAHAM |
Risiko Hilang Duit: -RM8,000 |
Berdasarkan index FBMKLCI, rekod terburuk kejatuhan pasaran saham yang pernah berlaku, ialah pada tahun 1997-98 dengan nilai kejatuhan pasaran sebanyak 80%. |
Potensi Kentungan : RM3,000 |
Secara purata, pelaburan saham, mampu berikan pulangan sekitar 30% setahun. |
FCPO |
Risiko Hilang Duit: -RM5,500 |
Di FCPO, apabila modal anda berkurang sehingga menjadi RM4,500.. secara automatik, sistem akan suspend akaun anda dan tidak akan benarkan lagi anda melakukan apa-apa trading. Situasi ini dipanggil Margin Call (MC). Jadi, dengan modal 10k, risiko paling teruk yang anda akan hadapi di FCPO, adalah kehilangan wang anda sebanyak RM5500 sahaja. |
Potensi Kentungan : RM60,000 / 600% |
Secara purata, untuk hasilkan keuntungan 5k sebulan = 60k setahun menerusi FCPO, adalah tidak begitu mustahil. Apa yang penting, kena ada ilmu, skill dan teknik yang betul. Jika berminat nak belajar ilmu pasal FCPO, boleh lawati https://www.fcpoturbo.com |
KAWAN |
Risiko Hilang Duit: -RM10,000 |
Potensi Kentungan : Bulan + Bintang |
Itulah beberapa tempat pelaburan yang boleh anda letakkan duit anda!
Sememangnya, setiap instrumen pelaburan mempunyai kelebihan dan kekurangan mereka masing-masing.
Apa yang penting, pilih yang paling sesuai dengan diri anda!
Pesanan terakhir..
Kalau nak melabur, pastikan anda buat kajian dan dapatkan ilmu yang lengkap terlebih dahulu berkaitan sesuatu pelaburan itu..
Pastikan juga, tempat anda nak melabur tu.. sah di sisi undang-undang dan patuh syariah (bagi muslim).
Artikel Berkaitan :
Ini Instrumen kewangan yang paling "powerfull" yang tak ramai orang tahu!
5 Instrumen Pelaburan Yang Perlu Anda Ketahui Risiko & Keuntungannya!
8 Soalan “Panas” Yang Sering Ditanya Mengenai Trading!