Kini memulakan bisnes online yang mampu menjana keuntungan lumayan dengan menjual produk yang borong dari China bukanlah sesuatu yang mustahil lagi untuk anda!
Pada zaman teknologi ini, proses jual beli sudah menjadi semakin mudah dan lancar walaupun anda membeli barangan daripada luar negara terutamanya daripada China.
Tempoh masa produk yang dibeli sampai ke rumah anda juga semakin hari semakin cepat..
Jika dahulu, anda terpaksa mengeluarkan belanja yang besar semata-mata untuk terbang ke China untuk mencari produk yang boleh dibeli secara borong untuk dijual di Malaysia, kini semuanya boleh anda dapatkan dengan mudah tanpa perlu membayar sebarang kos penerbangan yang mahal.
Pada hari ini terdapat banyak website yang menawarkan jualan barangan terus daripada supplier dari China seperti di TaoBao yang dapat memudahkan anda memborong barangan-barangan berkualiti dari China pada harga yang berpatutan - terus dihantar ke rumah anda tanpa perlu melayan karenah supplier yang melecehkan DAN tanpa melibatkan orang tengah..
Model bisnes menjual barangan yang dibeli secara borong dari China ini antara model bisnes yang paling popular yang digunakan oleh para peniaga online pada hari ini.
Terutamanya para penjual barangan di marketplace online tempatan seperti Lazada, Shopee dan sebagainya.
Ini kerana model bisnes ini terbukti menguntungkan!
Namun begitu untuk model bisnes sebegini, faktor pemilihan produk yang tepat adalah antara faktor yang sangat penting kerana ianya bakal menentukan sama ada bisnes anda mendapat keuntungan lumayan ataupun sekadar satu pembaziran wang yang sia-sia..
Bayangkanlah jika anda memilih produk yang tepat untuk dijual secara online di Malaysia (produk yang diborong dari China), pastinya anda mampu mendapat keuntungan lumayan walaupun anda sekadar fokus menjual beberapa jenis produk sahaja di online store anda..
TAPI bayangkan pula jika anda dah keluarkan modal yang besar untuk membeli stok dari China tapi barangan yang dibeli ini langsung tidak dapat dijual dan tiada sambutan, pastinya anda mengalami kerugian yang besar.
Ia pasti sangat menyedihkan!
Jadi memiliki modal yang mencukupi masih belum tentu menjamin keuntungan bisnes anda.
Apa yang anda perlukan ialah ilmu sebenar dari orang yang berpengalaman untuk memilih produk yang betul-betul sesuai untuk dijual di Malaysia..
Inilah antara 5 perkara penting yang perlu anda titik beratkan sebelum membuat keputusan untuk memilih barangan yang mahu diborong tersebut dari China..
#1 - Pastikan barangan tersebut bersaiz KECIL & mudah dibawa untuk mengelakkan kos pemulangan produk akibat rosak yang tinggi.
|
#2 - Pastikan barangan tersebut mampu dijual di pasaran tempatan pada harga mampu milik bermula RM20 hingga RM100..
|
#3 - Pastikan barangan tersebut sentiasa mempunyai permintaan yang tinggi sepanjang tahun dan elakkan produk bermusim..
|
#4 - Elakkan produk-produk mekanikal yang sensitif dan mudah rosak sepeti barangan elektronik..
|
#5 - Elakkan barangan yang mudah didapati di kedai-kedai RM2, EcoShop, Giant, Tesco ataupun Mydin..
|
Antara lubuk lumayan mendapatkan produk dari China ini ialah di TaoBao.
Hanya dengan satu klik, anda boleh membeli terus secara borong daripada supplier China dengan kuantiti kecil pada harga berpatutan dan barangan tersebut akan terus dipos ke rumah anda..
Ianya sangat memudahkan anda!
Tapi masalahnya ialah kebanyakan website menjual barangan dari China seperti TaoBao ini 100% dalam bahasa Cina dan kadangkala susah nak difahami segala yang ada dalam website tersebut termasuklah penerangan produk dan sebagainya.
Adakah wujud penyelesaian mudah untuk atasi masalah ini?
Jika dulu, anda hanya perlu bergantung kepada google translate tapi kini berita baik untuk anda, ada seorang rakan yang sangat berpengalaman memborong barangan dari China berkongsi cara bagaimana anda mampu membeli barangan China dari TaoBao secara borong dengan mudah dan lancar tanpa perlu memahami berbahasa Cina..
E-book dan video tutorial yang bertajuk "Rahsia TaoBao" ini membongkarkan cara dari A sampai Z bagaimana anda mampu membeli barangan yang berkualiti secara borong terus dari supplier China di website TaoBao tanpa orang tengah..
Selain itu anda juga akan mempelajari tentang..
- Cara SEBENAR memilih produk borong yang gerenti laris untuk dijual di pasaran tempatan..
|
- Cara LENGKAP bagaimana membeli barangan secara borong di TaoBao.com dan membayarnya dengan menggunakan perbankan internet tempatan seperti Maybank2u dan sebagainya..
|
- Cara BERKESAN menguruskan situasi rumit seperti barang di tahan pihak kastam dan masalah berkenaan barang yang diborong yang tidak sampai-sampai atau tidak cukup kuantiti
|
- Lubuk LUMAYAN untuk menjual produk borong secara online di pasaran tempatan dengan lebih berkesan hanya depan komputer sahaja..
|
- DAN Cara TERBAIK menyusun perkataan yang mampu menarik para pembeli terpukau dan membeli barangan anda tanpa sebarang halangan..
|
Dengan membaca e-book ini dan melihat tutorial video yang dibekalkan, anda pastinya telah mengetahui cara TERBAIK untuk memilih barangan yang betul-betul berkualiti dan mampu dijual di pasaran Malaysia & telah bersedia sepenuhnya untuk memulakan bisnes online yang menguntungkan dengan menjual barangan yang diborong dari China!
Jom belajar cara SEBENAR memilih produk terbaik untuk diborong dari China di TaoBao dan mula menjana keuntungan lumayan dengan menjualnya secara online di pasaran tempatan!
Artikel Berkaitan :
Lubuk LUMAYAN Yang Membantu Saya Jimat Ribuan Ringgit Apabila Borong Barang Dari China!
5 Persediaan PENTING Sebelum Menjual Barangan Borong Dari China
5 Kesilapan Sewaktu Memborong Barangan Dari China Yang Bakal Merugikan Anda!
5 Cara TERBAIK Untuk Memilih Barangan Dari China Untuk Dijual Secara Online Di Shopee & Lazada
5 Sebab UTAMA Mengapa Anda Perlu Mulakan Bisnes Online Dengan Menjual Barangan Borong Dari China
Cara Mudah Borong Barang Dari China!