Kelebihan Pelaburan Emas Yang Tiada Pada Pelaburan Lain

Kelebihan Pelaburan Emas Yang Tiada Pada Pelaburan Lain

 

 


1. Pelaburan emas, secara prinsipya sama dengan SEMUA pelaburan yg ada di atas muka bumi ini.

 

2. HANYASANYA orang yg ada ILMU sahaja yg akan sukses, ug tiada ilmu akan gagal. Ia terpakai dalam SEMUA jenis pelaburan. Orang yg melabur dengan ikut-ikutan, takkan ke mana.

 

3. Dan semua pelaburan ada naik dan turunnya, tidak kira ia pelaburan saham, pelaburan hartanah, pelaburan sahama amanah dan lain-lain.

 

4. Setiap satu pelaburan ada kelebihan masing-masing dan pelabur yg bijak ialah pelabur yg mempelbagaikan portfolio pelaburan mereka.

 

5. Namun, ada satu keistimewaan yg pelaburan emas yg saya pelajari dari posting Tuan Mohd Zulkifli Shafie, seorang pelabur, peniaga dan sifu pelaburan emas yg selalu saya rekomen jika ada rakan-rakan atau klien yg bertanyakan tentang pelaburan emas.

 

6. Keistimewaan pelaburan emas ialah, ia tidak berada dalam sistem kewangan yg ada di dunia pada masa kini.

 

7. Apa maksudnya? Maksudnya, pemilikan emas tidak seperti pemilikan rumah, pemilikan saham, pemilikan saham amanah dan lain-lain pemilikan harta di dunia - yg rekodnya disimpan oleh pihak lain seperti bank, syarikat saham, sayarikat saham amanah dan sebagainya.

 

8. Jadi, dengan kelebihan ini, hanya pemilik emas sahaja yg tahu nilai sebenar kekayaan yg dimilikinya.

 

9. Malah, sekiranya berlaku worst case scenario dalam kewangan seseorang iatu jatuh bankrap - apabila aset-aset lain terpaksa dicairkan atau dibekukan atau disita seperti simpanan bank, saham, hartanah, unit amanah, Tabung Haji, ASB dan lain-lain - emas yg disimpan rapi oleh pelaburnya tidak akan dapat dikesan oleh mana-mana pihak.

 

10. Mungkin ada orang akan kata, "simpan duit bawah bantal pun tak ada orang tahu". Ya betul, tapi nak simpan RM150,000 tunai bawah bantal jika dibandingkan dengan menyimpan 1kg emas yg berharga sama, mana lebih mudah? 

 

11. Namun, ia mempunyai syarat yg ketat iaitu emas yg dibeli perlu disimpan sendiri. Bukan beli emas melalui akaun bank atau beli emas kemudian dipajak pada ar-rahnu. Apatah lagi pelaburan emas delay / beli emas dapat duit bulan-bulan yg sah-sah adalah scam.
 


:)

- Afyan, IFP

Petikan daripada Buku Bijak Merancang Wang #BukuBMW

Klik: https://rakan.biz.my/view/s/buku-bijak-merancang-wang

 

 

 

 

 

Artikel Berkaitan :

Bijak Merancang Wang Oleh Afyan Rawi

Tip Menyimpan Wang Untuk Beginners 

7 Langkah Memperbaiki Kewangan