Personal Coaching Shopee

.

Adakah anda perlukan bimbingan secara personal (bersemuka) untuk memahirkan diri dalam selok belok bisnes di Shopee?

 

Zero to Hero?..

Saya tahu, ramai yang mahu memiliki kedai online di Shopee.

Namun, ramai juga yang tersangkut dipertengahan jalan disebabkan pelbagai faktor..

Adakah anda ?

 

Zero

Anda berminat untuk mempunyai kedai shopee sendiri, namun anda sendiri tak tahu nak bermula dari mana.

 

Tahu asas

Mungkin anda sudah tahu asas. Namun, asas tidak mencukupi. Mungkin anda mahu tahu lebih mendalam lagi selok belok yang ada di Shopee.

 

Tak tahu nak tanya siapa

Mungkin anda ada sedikit pengetahuan tentang shopee, namun dipertengahan jalan, anda buntu dan perlukan pertolongan. Tapi tak tahu nak tanya siapa. Tiada guide.

 

Tiada masa

Anda mahu belajar cara buat bisnes di Shopee, tetapi anda mempunyai kekangan masa dimana waktu anda terlalu padat dengan aktiviti harian. Dan anda lebih suka jika diajar secara personal supaya lebih mudah faham.

 

Siapa saya?

Nama saya ialah Amim Najmie. Berumur 31 tahun (2021). Saya menawarkan servis untuk membantu usahawan-usahawan menjalankan perniagaan online. Sejak 2018, saya mula berkecimpung dalam perniagaan menggunakan platform Shopee sehingga sekarang.

Pengalaman jatuh bangun saya dalam perniagaan internet adalah bermula sejak tamat sekolah tingkatan 5 iaitu bermula pada tahun 2008. Dimana pada waktu ketika itu saya banyak 'try-and-error'. Dan Alhamdulillah, dengan pengalaman yang saya ada, kini saya sudah mengajar lebih daripada 1000 orang usahawan yang mahu menjalankan perniagaan internet.

Kini, saya akan menggunakan pengalaman dan kemahiran tersebut untuk mengajar anda bisnes menggunakan platform Shopee.

 

Baiklah, Jangan Risau!

 

Saya nak jemput anda untuk sertai Sesi SATU HARI Personal coaching bersama saya.

 

Oh ya, sebelum itu, personal coaching ini bukan untuk semua orang. Hanya untuk mereka yang 👇

  • Baru nak bermula bisnes di Shopee.
  • Betul2 nak belajar bisnes di Shopee.
  • Nak join kelas tapi jauh.
  • Waktu terhad untuk travel pergi kelas.
  • Lebih suka belajar secara personal (bersemuka).
  • Mengikut kesesuaian masa anda.
  • Mengikut keselesaan tempat pembelajaran anda.

Mungkin anda,

 

Nak pergi belajar, tapi jauh

Maklumlah, urusan keluarga, urusan dirumah dan kerja, membuatkan anda tidak cukup masa untuk pergi ke mana-mana seminar dan kelas. Sudah la jauh, masa pula adalah sangat terhad.

 

Susah nak faham

Jika anda pergi ke mana-mana seminar sehingga beratus-ratus peserta, adakah anda betul-betul akan faham? Mungkin ya mungkin juga tidak. Oleh itu, mungkin anda perlukan bimbingan secara personal. Kebiasaanya, bimbingan secara personal ini lagi mudah untuk anda faham dengan cepat.

 

Masih tercari-cari yang berbaloi

Sudah pasti anda mahu sesuatu yang berbaloi dengan pelaburan yang anda buat. Pastikan anda baca sehingga habis kerana ianya pasti berbaloi! Confirm anda tidak akan jumpa tawaran seperti ini dimana-mana.

 

Mahukah anda, jika saya ajar anda secara personal? Kita set masa, dan saya datang ke tempat anda.

 

Terpulang kepada anda untuk bertanya seribu soalan kepada saya pada waktu coaching nanti.

 

Dirumah anda, dikedai makan, cafe, dimana-mana sahaja, saya akan datang berjumpa dengan anda. Anda tak perlu cari saya, biar saya cari anda dan datang ke tempat anda.

 

Anda hanya sediakan tempat, internet dan laptop anda sendiri. Saya akan datang ke tempat yang anda tetapkan.

Set masa! Dan kita jumpa!

 

Saya akan ajar :

 

Asas Shopee

Untuk mula berbisnes di Shopee, ada beberapa perkara yang perlu anda tahu. Saya akan terangkan satu persatu perkara yang wajib dan perlu anda tahu supaya anda lebih faham bagaimana menjalankan perniagaan di Shopee. Lepas ni, mudah la anda mahu menguruskannya.

 

Mula Berniaga di Shopee

Berniaga di Shopee bukan hanya sekadar masukkan produk dan tinggal. Pada bahagian ini, saya akan jelaskan teknik dan cara untuk anda memasukkan produk di Shopee dengan betul. Apa yang perlu dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan.

 

Marketing & Trick di Shopee

Dibahagian ini, banyak yang kita akan belajar dari segi marketing percuma dan juga berbayar. Ini adalah bahagian yang paling penting sekali apabila kita mahu berbisnes di Shopee.

 

Bonus Topic

Anda akan belajar beberapa teknik advance dan tools yang berguna untuk digunakan dalam pemasaran Shopee anda.

 

Nak Dipendekkan Cerita....

 

Saya akan ajar anda dari asas sehingga anda tahu berniaga di Shopee! Anda boleh tanya apa sahaja soalan yang anda mahukan berkaitan shopee.

 

Dan sudah pasti, selesai daripada coaching bersemuka ini, anda pasti tidak takut lagi untuk berniaga di Shopee. Bayangkan, selepas ini anda boleh buat duit yang banyak di Shopee tanpa was was lagi, berbekalkan ilmu yang anda akan dapat.

 

Pembelajaran Mudah

Anda jangan risau! Apa yang akan saya ajar adalah cara yang paling mudah. Anda ikut sahaja apa yang saya buat. Pasti anda berpuas hati!

 

Tanya sahaja

Anda boleh bertanya sebarang soalan berkaitan Shopee. Sediakan soalan-soalan anda, dan tanya saya sebanyak mungkin soalan yang bermain di fikiran anda.

 

Keselesaan Anda

Saya akan ajar anda mengikut tempat yang anda tetapkan mengikut keselesaan anda. Tak perlu cari saya, saya yang cari dan datang ke tempat anda nanti. 

 

Bonus Terhad untuk Anda!

Bonus ini akan dikeluarkan pada bila-bila masa sahaja. Daftar sekarang supaya anda tidak terlepas!

 

3 Bulan Bimbingan Tambahan

Bernilai RM500

Walaupun coaching telah tamat, anda masih mempunyai masa selama 3 bulan lagi untuk bertanya apa-apa soalan. PERCUMA!

Bukan bimbingan secara bersemuka. Tetapi adalah secara online. 3 cara untuk anda hubungi saya iaitu terus sahaja Inbox di Facebook, Email atau Whatsapp ke nombor telefon saya (nombor telefon saya akan diberikan selepas anda selesai membuat pembayaran).

Jika anda mahu menambah lagi tempoh bimbingan kepada tempoh yang lebih panjang, RM500 dikenakan untuk penambahan selama 3 bulan lagi

Kesemua Bonus ini bernilai RM1509.00

Tetapi anda dapat kesemuanya PERCUMA sahaja!

Baiklah, berapakah Yuran untuk Personal Coaching ini?

 

DALAM KAWASAN

  • RM990 / satu hari
  • Dalam Selangor, Putrajaya & KL
  • Seorang Peserta
  • Percuma Bonus Bernilai RM1509
  • Bebas Memilih Tarikh, Masa & Tempat
  • Support Tambahan Selama 3 Bulan

 

LUAR KAWASAN

  • RM990 keatas / satu hari
  • Luar Kawasan Selangor, Putrajaya & KL
  • Seorang Peserta
  • Percuma Bonus Bernilai RM1509
  • Bebas Memilih Tarikh, Masa & Tempat
  • Support Tambahan Selama 3 Bulan

 

UNTUK TEMPOH MASA TERHAD

Yuran adalah RM990/seorang RM590* SAHAJA

 

*Bagi kawasan Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya
*RM590 untuk dua orang. (Hanya dari kalangan keluarga. Suami Isteri/anak)

.

Kelebihan Coaching Bersama Amim Najmie.

 

  • Coaching secara bersemuka, bukan secara online.
  • Saya sendiri akan datang ke tempat yang peserta tetapkan. Tak kira di daerah / negeri mana sekalipun, yang penting hanya di dalam Malaysia sahaja.
  • Workbook & slide akan diberikan semasa coaching.
  • Akan menerima beberapa ebook tambahan secara Percuma selepas habis coaching
  • Support selepas coaching melalui Whatsapp.
  • Pasangan Suami Isteri boleh join sekali, hanya bayaran seorang peserta, tidak perlu dua peserta. Best kan ;)

 

Walau bagaimanapun, harga ini hanyalah untuk kawasan Selangor, Putrajaya, & Kuala Lumpur sahaja.

Bagi kawasan luar dari tempat diatas, akan ada caj tambahan yang akan dikenakan.

Walau bagaimanapun, saya hanya akan coach anda Jika,

Anda bersetuju dengan kesemua syarat-syarat berikut:

 

Penting : Saya berhak untuk menukar atau meminda syarat-syarat ini dari masa ke semasa mengikut keadaan, jika perlu.

 

  • Harga RM990 hanya untuk kawasan dalam Selangor, Putrajaya & Kuala Lumpur sahaja.
  • Kawasan luar daripada yang disebutkan diatas, yuran yang dikenakan adalah sekitar RM1000 sehingga RM5000.
  • Hubungi saya (klik sini) untuk mengetahui harga tempat anda.
  • Harga yang ditetapkan adalah termasuk semua keperluan dan kos saya ke tempat anda.
  • Tiada caj tambahan tersembunyi oleh kerana bayaran anda telah cover semua kos tersebut. Caj tambahan hanya dikenakan jika anda mahu menambah hari coaching lagi.
  • Coaching dijalankan sepanjang hari daripada pagi sehingga petang. (Waktu malam tiada)
  • Waktunya adalah dari jam 10 pagi hingga 6 petang sahaja. Anda nak mula lewat / habis awal, itu terpulang kepada anda. Anda bebas memilih waktu anda.
  • Rehat pada pukul 1.00pm hingga 2.30pm.
  • Oleh kerana waktu saya adalah amat terhad, tarikh yang anda dan saya tetapkan adalah tarikh yang dipersetujui bersama.
  • Bonus hanya akan diberikan semasa / selepas coaching dijalankan.
  • Peserta WAJIB menyediakan laptop, internet dan tempat sendiri untuk coaching.
  • Jika peserta mahu coaching dilakukan dirumah sendiri, pastikan rumah tersebut mempunyai ahli keluarga yang lain. Jika anda berseorangan, saya tidak akan meneruskan coaching dan yuran tidak akan dikembalikan.
  • Segala kejadian yang berlaku semasa coaching, samada perkara yang tidak diingini atau tidak disengajakan, tidak boleh diganti lagi dengan hari yang lain oleh kerana yuran yang dikenakan adalah kos saya pada hari tersebut sahaja.
  • Jika bayaran telah dibuat dan anda membatalkan sesi coaching yang telah ditetapkan tarikhnya, ianya mestilah diberitahu selewat-lewatnya seminggu sebelum tarikh coaching tersebut. Jika tidak, yuran TIDAK AKAN dikembalikan.
  • Pastikan anda menyediakan soalan-soalan yang mahu ditanya, supaya memudahkan dan melancarkan aktiviti coaching nanti.
  • Tiada jaminan, bahawa anda akan menerima keuntungan wang ringgit selepas menghadiri coaching ini. Saya hanya menunjukkan jalan untuk memudahkan anda buat bisnes di Shopee. Selebihnya adalah atas usaha anda sendiri.
  • Jika anda tidak mahu coaching untuk satu hari, anda boleh pilih hanya beberapa jam sahaja. Yuran untuk satu jam adalah RM200. Jika anda mahu 4 jam, yurannya adalah RM800.
  • Walau bagaimanapun, coaching secara jam hanyalah valid untuk kawasan dalam Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya sahaja. Luar kawasan, coaching adalah 1 hari.
  • Yuran RM990.00 adalah untuk seorang peserta. Jika anda mahu buat group coaching bersama ahli keluarga atau rakan anda, peserta kedua akan dikenakan bayaran sebanyak RM750 sahaja. Dan RM500 jika ada peserta tambahan ketiga dan yang seterusnya.
  • Jika anda mahu buat group coaching melebihi 10 orang, hubungi saya untuk mendapatkan harga diskaun.
  • Jika anda mempunyai soalan yang tidak terjawab, sila Hubungi saya (klik sini)

 

UNTUK TEMPOH MASA TERHAD

Yuran adalah RM990/seorang RM590* SAHAJA

 

*Bagi kawasan Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya
*RM590 untuk dua orang. (Hanya dari kalangan keluarga. Suami Isteri/anak)

 

BAGAIMANA CARA UNTUK BOOKING SLOT COACHING?

  1. Klik button BUY NOW.
  2. Pilih tarikh yang anda mahukan
  3. Buat pembayaran.
  4. Saya akan shakan pembayaran dan akan Wahtsapp anda step seterusnya.

:)

 

SOALAN YANG KERAP DITANYA

 

Bolehkah jika coaching dilakukan diluar? Sebagai contoh, di kedai makan.

  • Boleh. Anda bebas memilih sendiri tempat coaching yang anda mahukan. Pastikan anda menyediakan laptop, internet dan tempat sendiri. Saya tidak akan bertanggungjawab sekiranya anda tidak menyediakan kemudahan tersebut.

Saya tinggal di luar kawasan yang disebutkan. Perlukah saya menyediakan tempat tinggal untuk Amim?

  • TIDAK PERLU. Oleh kerana yuran yang dikenakan telah menanggung semua kos perjalanan saya termasuk makan minum saya, pengangkutan, serta tempat tinggal. Namun, buat masa ini tiada coaching di kawasan Sabah & Sarawak.

Saya nak ajak 20 orang kawan yang lain. Boleh ke?

  • Boleh! Untuk peserta melebihi 10 orang, sila hubungi saya untuk mendapatkan harga diskaun. Jika dipersetujui, seperti biasa, anda perlu menyediakan tempat, internet dan laptop sendiri.

Saya faham, tiada coaching untuk Sabah & Sarawak. Tapi saya nak request juga untuk buat di tempat tersebut. Boleh ke?

  • BOLEH! Tapi anda perlu menanggung kos tiket Kapal Terbang saya untuk pergi dan balik, serta tempat penginapan saya untuk 2 hari satu malam. Jika berminat, boleh hubungi saya dan akan dipertimbangkan.

 

 

Pengajar Anda,
Amim Najmie
Shopee Preferred Seller.

 

Diuruskan oleh,
Amim Network
SA0279407-H

 

Chat with seller