SINOPSIS: Tiba-tiba mata tertumpu pada satu sosok badan seorang tua yang agak bongkok. Berjalan perlahan dengan bantuan sebatang tongkat. Berjubah kemas dan janggutnya agak panjang, juga tersikat rapi.
Mata masih lagi mengekori beliau. Ada sedikit rasa kagum apabila tengok dia. Dia berjalan ke arah dua orang pelajar universiti dari arah belakang dan mencuit bahu mereka.
Aku ingatkan dia nak minta pelajar tadi beralih ke tepi sikit bagi memberi dia sedikit ruang untuk solat, rupanya dia bagi sikat....
---------------------------------------------------------------------------------
"Nak syai (teh)?" tanya budak kecil itu.
"Syai merah ke hijau?" sengaja aku tanya, mencari modal nak bersembang.
"Merah, ada pudina sekali," jawabnya bersungguh. Seakan tahu yang aku sukakan pudina.
"Bagilah satu," ujarku lantas tersenyum....
---------------------------------------------------------------------------------
Usai solat maghrib dan solat jenazah malam itu, aku duduk bersila di tempat yang sama. Tak berganjak. Tiba-tiba aku tertarik dengan perbualan 2 orang jemaah haji Malaysia yang sedang bersembang.
"Alhamdulillah lah, masa dekat Mekah hari tu dapat juga kucup Hajarul Aswad," ujar lelaki botak itu membuka cerita. Kelihatan dalam lingkungan umur belum cecah 30 tahun.
"Oh ya? Tak berebut-rebut ke?" tanya kawannya seorang lagi, berminat nak tahu lebih lanjut.
Semua maklum betapa sukarnya nak pergi kucup Hajarul Aswad dalam keadaan jemaah yang berjuta ramainya. Lebih-lebih lagi musim haji.
"Tak berebut teruk sangat. Aku masuk mula-mula tu kena tolak keluar....
-----------------------------------------------------------------------------------
Dah baca? Mudahkan nak mencipta pahala? Segalanya kun faya kun, mengapa masih berdalih?
Buy Now